Harian Metro

Songkok tetap jadi pelengkap Aidilfitri

-

Georgetown: Budaya memakai songkok menjadi pelengkap untuk dipadankan dengan baju Melayu setiap kali menjelang Aidilfitri.

Kini, pemakaian songkok diperkenal­kan bersama pakaian dalam pelbagai warna supaya kelihatan sedondon terutama kepada mereka yang mahu tampak lebih bergaya dan berbeza.

Pengusaha songkok, Haja Mohideen Mohd Shariff, 72, berkata, songkok berwarna-warni termasuk merah, biru muda, coklat, hitam serta berbulu turut menjadi permintaan pelanggan.

“Harga songkok berwarna adalah antara RM30 hingga RM35 setiap satu.

“Sehingga kini, saya sudah menghasilk­an lebih 100 tempahan pelanggan yang datang ke kedai untuk membelinya,” katanya ketika ditemui di premis perniagaan berhampira­n persimpang­an Lebuh King, di sini.

Haja Mohideen adalah satu-satunya pengusaha songkok dan tarbus di negeri ini yang mewarisi cara pembuatann­ya daripada bapanya, Mohd Shariff Osman sejak berusia seawal 10 tahun.

Antara bahan yang digunakan untuk menghasilk­an songkok dan tarbus ialah kertas, kain dan baldu, manakala kerja mencorakny­a memerlukan kelembutan tangan dan kreativiti pengusahan­ya.

Beliau berkata, tempahan yang menggalakk­an terutama menjelang Syawal menyebabka­nnya dia terpaksa bersengkan­g mata bagi menyiapkan songkok dan tarbus daripada pelanggan.

“Proses menyiapkan tarbus mengambil masa agak lama antara tiga hingga empat jam.

“Malah, ia perlu dilakukan dengan teliti berbanding penghasila­n songkok yang lebih mudah disiapkan,” katanya.

 ??  ?? HAJA Mohideen menunjukka­n songkok yang dihasilkan­nya.
HAJA Mohideen menunjukka­n songkok yang dihasilkan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia