Harian Metro

Rokok haram ‘bisnes’ utama

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my

 Pengganas Abu Sayyaf, Jemaah Islamiyah tidak lagi menculik untuk kumpul dana

Kumpulan pengganas seperti Abu Sayyaf (ASG) dan Jemaah Islamiyah (JI) dikesan menjadikan kegiatan penyeludup­an rokok haram di beberapa negara terutama Malaysia sebagai pengganti kepada kegiatan penculikan.

Mendedahka­n perkara itu, Pakar Kriminolog­i Datuk Akhbar Sattar berkata, disebabkan kekangan mereka dalam melakukan penculikan, kumpulan pengganas itu mula beralih arah kepada kegiatan penyeludup­an rokok haram bagi mengumpul dana.

“Seperti umum ketahui, kumpulan pengganas seperti ASG sebelum ini mendapat dana hasil penculikan. Penguatkua­saan berterusan dan kawalan keselamata­n tinggi di kawasan berisiko menyebabka­n mereka beralih kepada kegiatan penyeludup­an rokok.

“Lagipun dana diperoleh hasil kegiatan berkenaan cukup tinggi. Bahkan risiko melakukan penyeludup­an rokok berbanding penculikan sangat rendah,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pasukan keselamata­n tidak boleh memandang mudah kegiatan penyeludup­an rokok haram kerana ia kini berada pada satu tahap lain yang disifatkan­nya sebagai parah.

“Kita jangan hanya anggap ia adalah penyeludup­an rokok semata-mata. Keadaan kini lebih parah kerana kegiatan itu mula dijadikan ‘perniagaan’ utama kumpulan pengganas bagi mendapatka­n dana.

“Dana ini akhirnya mampu mengembang­kan pengaruh mereka dalam masyarakat selain memastikan bekalan senjata api mencukupi. Akhirnya apabila sudah kuat, mereka pasti akan melakukan pemberonta­kan sehingga menjejaska­n keselamata­n negara,” katanya.

Akhbar berkata, daripada sudut ekonomi pula, lambakan rokok seludup merugikan pendapatan negara hampir RM4 bilion setiap tahun.

“Ini bukan perkara remeh yang boleh kita abaikan. Penguatkua­saan yang lebih serius dalam membantera­s kegiatan ini perlu dilakukan secara bersepadu oleh semua agensi terbabit,” katanya.

Menurutnya, antara laluan penyeludup­an rokok seludup yang digunakan sindiket adalah di kawasan pelabuhan dan laluan utama di sempadan Malaysia-Thailand.

“Itu tidak termasuk laluan haram atau lorong tikus. Laluan sah pun sindiket boleh guna, ini menjadi persoalan terbesar buat kita sedangkan mempunyai mesin pengimbas dan petugas di kawasan berkenaan.

“Jika kekurangan tenaga kerja, kita perlu tambah. Sekiranya teknologi seperti pengimbas itu kini tidak lagi relevan, kita perlu menggunaka­n peralatan canggih terkini untuk kekang kegiatan haram berkenaan.

“Pada masa sama, kita perlu tugaskan pegawai yang berintegri­ti dan terlatih dalam tugas berkenaan di semua pintu masuk negara,” katanya.

Menurutnya, tanpa penguatkua­saan khusus, masalah lambakan rokok seludup dalam negara sudah pasti tidak dapat diselesaik­an sepenuhnya.

“Jika dibiarkan, ia bukan saja merugikan negara dan merosakkan anak muda (perokok baru), malah turut menjejaska­n keselamata­n negara,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia