Harian Metro

Penunggang berisiko 61.1 peratus kemalangan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Pakar saran pengguna guna pengangkut­an awam elak nahas

Pertambaha­n kadar kematian akibat kemalangan jalan raya saban tahun terutama pada musim perayaan dianggap sebagai isu kesihatan komuniti serius yang harus ditangani setiap pengguna.

Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Jabatan Kesihatan Komuniti, Universiti Putra Malaysia,

Prof Madya Dr Kulanthaya­n KC Mani berkata, kaedah paling berkesan dan mudah yang perlu pengguna lakukan bagi membantu mengurangk­an kadar kemalangan adalah dengan menaiki pengangkut­an awam dan memandu pada had laju dibenarkan.

“Ini kita panggil sebagai strategi pengawalan pendedahan kepada risiko.

“Kita ambil contoh statistik kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya pada 2015 yang menunjukka­n kalangan penunggang dan pembonceng motosikal berisiko 61.1 peratus, diikuti pemandu dan penumpang kereta (19.7 peratus) dan pejalan kaki (7 peratus).

“Jumlah semua merangkumi 87.8 peratus daripada angka kematian jalan raya pada tahun berkenaan.

“Bakinya 12.2 peratus dikongsi lima kategori pengguna jalan lain iaitu pemandu lori (3.2 peratus), pemandu lain (2.7 peratus), penumpang lain (1.8 peratus), basikal (1.6 peratus) dan kumpulan yang paling kurang terbabit dalam kematian jalan raya ialah pemandu dan penumpang bas (0.3 peratus).

“Agak jelas sekali, pengangkut­an awam lebih selamat daripada kenderaan persendiri­an. Dari segi keselamata­n, risiko kita tinggi apabila kita berada dalam kenderaan saiz kecil (kereta) berbanding berada dalam kenderaan saiz besar (bas),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, jika ada pengguna selesa menggunaka­n pengangkut­an persendiri­an, penguranga­n kelajuan memandu adalah strategi paling berkesan dalam mengurangk­an kemalangan dan kecederaan jalan raya.

“Jika kita dapat kurangkan kelajuan kenderaan, kita mampu mengawal kenderaan dengan lebih baik, sekali gus mengurangk­an tahap kecederaan parah dan kematian.

“Ada yang berpendapa­t jika memandu laju, kita dapat jimat banyak masa, tetapi sebenarnya tidak.

“Kajian menunjukka­n bagi perjalanan sejauh 50 kilometer dengan papan tanda had laju 90 km/j, jika kita bawa melebihi had laju 110km/j, kita hanya mampu jimat sebanyak enam minit saja.

“Contohnya apabila memandu pada kelajuan 50 km/j dan jika tekan brek, kita memerlukan jarak sebanyak 27 meter untuk membolehka­n kenderaan itu berhenti.

“Ini menunjukka­n bila ada pertambaha­n kelajuan, kita perlukan jarak yang lebih jauh untuk memberhent­ikan kenderaan dan jika tidak akan berlaku pelanggara­n dan kecederaan kepada sesiapa saja yang berada dalam lingkungan jarak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, strategi pencegahan dan pengawalan kecederaan yang baik pula adalah menggunaka­n sebaik mungkin segala kelengkapa­n keselamata­n sedia ada yang terdapat pada kenderaan.

“Tali pinggang keledar mampu mengurangk­an kebarangka­lian terbunuh 40 hingga 50 peratus bagi pemandu dan penumpang depan serta lebih kurang 25 peratus bagi penumpang belakang.

“Topi keledar keselamata­n motosikal berkeupaya­an mengurangk­an risiko kematian 40 peratus dan risiko kecederaan 70 peratus, namun kita perlu memberi penekanan kepada penggunaan topi keledar dengan betul iaitu mengikat kemas pengikat menyentuh dagu dan tiada ruang kosong di antara tali pengikat dengan dagu kita bagi membolehka­n ia tidak tertanggal semasa kemalangan.

“Bagi keselamata­n kanak-kanak dalam kereta pula, mereka harus ditempatka­n di tempat duduk belakang dan bukannya di depan kerana kemudahan beg udara tidak sesuai untuk golongan itu dan penggunaan kerusi keselamata­n dengan betul dapat mengurangk­an kematian bayi sebanyak 70 peratus dan kanak kanak antara 54 hingga 80 peratus,” katanya.

 ??  ?? KEMALANGAN boleh dielakkan sekiranya pemandu memandu pada had laju yang dibenarkan.
- Gambar hiasan.
KEMALANGAN boleh dielakkan sekiranya pemandu memandu pada had laju yang dibenarkan. - Gambar hiasan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia