Harian Metro

Kembara ilmu

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

 Arkitek belanja ribuan ringgit sebulan melancong ke 20 negara setahun

Melancong ke lebih 20 negara setahun atau berbelanja ribuan ringgit setiap bulan semata-mata mahu mengembara ke negara orang dianggap berbaloi dan memberikan kepuasan dalam diri bagi Masran Mahmood, 41.

Katanya, apa dilakukan bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya mahu memenuhi kehendak dalam diri atau ‘ketagihan’ kerana akan berasa tidak selesa jika tidak mengembara ke negara orang.

Berikutan itu, tidak hairan apabila dia sanggup membelanja­kan lebih RM30,000 setiap tahun semata-mata untuk menampung perbelanja­an bagi mengembara ke negara orang.

Malah bermula 2013, hampir setiap tahun arkitek berasal dari Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan itu menyambut Aidilfitri di perantauan kerana mahu mencari kelainan.

Namun tahun ini dia mengambil keputusan untuk menyambut Aidilfitri di Kelantan kerana baru saja mendirikan rumah tangga, April lalu dengan wanita pilihannya, Lai Pui Yee, 23.

“Meskipun ketagihan untuk mengembara ke negara orang masih ada, tahun ini saya tangguhkan dulu kebiasaan itu. Kena dahulukan tanggungja­wab kepada isteri dan keluarga pula.

“Sebelum ini, menjelang Aidilfitri saya terbang ke Jepun, Hong Kong dan Maghribi untuk sambut 1 Syawal bersama rakyat Malaysia yang lain di sana,” katanya.

Menceritak­an pengalaman­nya menunaikan ibadat puasa di negara orang Masran berkata, suhu panas sehingga 48 darjah Celsius ketika di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dianggap paling mencabar.

Menurutnya, berpuasa di negara orang juga memberikan pengalaman baru baginya dalam pelbagai aspek seperti perbezaan budaya dan mazhab.

“Perbezaan ketara dapat saya rasakan ketika menunaikan solat sunat Tarawih kerana diimamkan imam berbeza mazhab. Cara mereka berbeza berbanding kita di Malaysia, tapi masih berpanduka­n empat mazhab utama.

“Selain itu, saya dapat bergaul dengan umat Islam dari pelbagai negara. Ini satu kepuasan bagi saya. Bila sentuh mengenai sambutan Aidilfitri memang meriah tak kira di mana berada.

“Setiap negara yang saya lawati pasti ada komuniti atau rakyat Malaysia yang berkumpul menyambut Aidilfitri,” katanya.

Masran memberitah­u, pada kebiasaann­ya dia membeli tiket penerbanga­n jika harga ditawarkan di bawah RM2,000 dan menyiapkan tugasan sebelum pergi melancong.

Dia juga bersyukur kerana majikan memahami minatnya, malah Masran menggunaka­n kesempatan di negara orang untuk melihat reka bentuk bangunan bersejarah yang banyak membantu dalam pekerjaann­ya.

“Saya baru saja pulang dari Azerbaijan minggu lalu. Pekerjaan saya yang fleksibel dan cuti tahunan 20 hari saya gunakan sepenuhnya untuk melancong.

“Memang saya suka tengok tempat orang seperti kata pepatah jauh perjalanan luas pemandanga­n. Itulah saya mahu dengan mencari pengalaman di tempat orang dan semuanya bermula ketika bekerja di UAE pada 2007 diikuti Kemboja (2010) dan Qatar (2013),” katanya.

Setakat ini, antara negara dilawati arkitek ini adalah Perancis, Portugal. Sepanyol, Belgium, Belanda, United Kingdom, Maghribi, Iran, Georgia dan Azerbaijan.

Kesempatan yang ada turut digunakan untuk ke premis Hard Rock Cafe (HRC) di negara dilawatiny­a bagi mendapatka­n cenderahat­i atau baju-T.

“Mengumpul barangan juga antara hobi saya sejak bekerja di luar negara sampai sekarang. Setakat ini saya mengumpul 80 helai baju-T dan 200 pin HRC,” katanya.

 ??  ?? KESEMPATAN di negara orang digunakan Masran untuk melihat reka bentuk bangunan yang banyak membantu dalam pekerjaann­ya.
KESEMPATAN di negara orang digunakan Masran untuk melihat reka bentuk bangunan yang banyak membantu dalam pekerjaann­ya.
 ??  ?? MASRAN mengumpul cenderamat­a di premis Hard Rock Cafe yang dilawati.
MASRAN mengumpul cenderamat­a di premis Hard Rock Cafe yang dilawati.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MASRAN menyimpan pelbagai koleksi gambar di negara yang dilawatiny­a.
MASRAN menyimpan pelbagai koleksi gambar di negara yang dilawatiny­a.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia