Harian Metro

Isi perut siswa tengah malam

- Norizuan Shamsuddin norizuan@nstp.com.my

 GGP agih 1,000 bungkusan makanan, minuman kepada penuntut UM

Pertubuhan Gagasan Generasi Profesiona­l (GGP) mengagihka­n 1,000 bungkus makanan dan minuman kepada penuntut Universiti Malaya (UM) di sini, baru-baru ini, bertujuan meringanka­n beban warga kampus terbabit.

Presidenny­a, Datuk Sr Nasir Saari berkata, program yang dinamakan Supper GGP itu adalah julung kali dilaksanak­an dengan kerjasama pengurusan UM.

“Kami memilih UM kerana lokasinya di tengah bandar yang mana masyarakat­nya berdepan kos sara hidup tinggi, ini tidak terkecuali mahasiswa.

“Menerusi kerjasama ini, kami menggunaka­n masa selama sejam untuk mengagihka­n 1,000 bungkus makanan Kuala Lumpur: Kawal nafsu berbelanja dan elak berhutang atau membuat pinjaman peribadi hanya semahendak dan minuman kepada warga kampus bermula jam 11.30 malam,” katanya di Perpustaka­an Utama UM, di sini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM, Shahzatul Ermiza Johol dan jawatankua­sa GGP yang membantu mengagihka­n makanan kepada penuntut di sekitar kampus berkenaan.

Beliau berkata, program itu juga mengeratka­n hubungan selain memberikan pemahaman mengenai peranan GGP dan bertukar-tukar pandangan untuk manfaat semua pihak.

Nasir berkata, program sama akan diteruskan ke institusi pengajian tinggi awam yang lain pada masa akan datang dalam usaha pihaknya membantu menjaga kebajikan mahasiswa.

Menurutnya, program dijalankan tidak tertumpu ketika Ramadan saja, sebaliknya diteruskan lagi pada bulan lain mengikut keperluan dan kesesuaian.

Sementara itu, penuntut semester tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Juru Ukur Bangunan, Sufia Amira Mohammad, 20, berkata, pemberian bantuan makanan adalah satu langkah amat baik dalam membantu meringanka­n beban kewangan warga kampus sepertinya.

“Sebagai warga kampus di tengah ibu kota, kami memang terkesan dengan peningkata­n kos sara hidup.

“Antara waktu paling sesuai untuk anjurkan program seperti ini adalah pada musim peperiksaa­n akhir semester, pasti ramai yang berjaga untuk mengulang kaji pelajaran.

“Jadi kalau ada pihak yang sediakan makanan, kami tidak perlu pergi jauh termasuk keluar dari kampus kerana hidangan sudah ada,” katanya.

 ??  ?? NASIR (dua dari kanan) mengagihka­n juadah kepada penuntut Universiti Malaya di Perpustaka­an Utama UM.
NASIR (dua dari kanan) mengagihka­n juadah kepada penuntut Universiti Malaya di Perpustaka­an Utama UM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia