Harian Metro

Aidilfitri bukan waktu menunjuk mewah

-

ta-mata mahu mengikut kehendak membeli pelbagai barangan termasuk pakaian untuk tampil bergaya pada Aidilfitri.

Itu ingatan diberikan Ketua Komunikasi Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohamad Khalil Jamaldin yang berkata, kemungkina­n berlaku peningkata­n hutang terhadap isi rumah pada Ramadan apabila orang ramai mula berbelanja tanpa memikirkan keadaan kewangan semasa mereka.

Beliau berkata, orang ramai seharusnya mengambil peluang pada Ramadan untuk memperbetu­lkan urusan kewangan peribadi dengan membeli barangan atau makanan yang perlu saja.

“Namun, perkara lain pula berlaku apabila orang ramai seolah-olah berlumba menghabisk­an wang masing-masing dengan membeli pelbagai barangan tidak penting sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Kita perlu ada sifat sedar diri kerana hutang yang tidak terkawal menerusi pinjaman peribadi menyebabka­n individu berkenaan tersepit, malah wang gajinya tidak mencukupi.

“Jika dilihat secara menyeluruh, situasi berkenaan berlaku apabila orang ramai gemar membuat pembelian secara ansuran atau menggunaka­n kad kredit tanpa kawalan yang jelas menyebabka­n hutang mereka bertimbun,” katanya.

Mohamad Khalil berkata, orang ramai perlu menghentik­an segera tabiat berkenaan kerana boleh menyebabka­n mereka disenarai hitam apabila gagal membuat pembayaran semula pinjaman.

“Aidilfitri bukan waktu untuk menunjuk dengan berbelanja mewah dan perlu diingatkan simpanan ketika kecemasan amat penting terutama ketika ditimpa musibah.

“Rancang perbelanja­an dengan beli baju raya, kuih dan barangan yang perlu saja serta elak berbelanja melampaui kemampuan diri,” katanya.

Selain itu, beliau juga menasihati orang ramai tidak terpedaya dengan skim pelaburan yang menjanjika­n keuntungan melampau terutama ketika di musim perayaan ini.

“Terdapat pelbagai skim pelaburan masa kini malah ada antaranya bertujuan menjerat orang ramai hingga menyebabka­n kerugian jutaan ringgit dan untuk itu, orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan skim berkenaan,” katanya.

 ?? Mohamad Khalil Jamaldin ?? Kita perlu ada sifat sedar diri kerana hutang yang tidak terkawal menerusi pinjaman peribadi menyebabka­n individu berkenaan tersepit, malah wang gajinya tidak mencukupi”
Mohamad Khalil Jamaldin Kita perlu ada sifat sedar diri kerana hutang yang tidak terkawal menerusi pinjaman peribadi menyebabka­n individu berkenaan tersepit, malah wang gajinya tidak mencukupi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia