Harian Metro

Ajar erti kesabaran

-

 Warden ikhlas bantu warga emas Baitul Hanan beribadat sepanjang Ramadan

“Rutin harian saya bersama warga emas yang tinggal di rumah jagaan Baitul Hanan sepanjang Ramadan ialah mengajar mereka membaca al-Quran, berzikir dan menunaikan solat Tarawih setiap malam.

“Dalam keadaan dimamah usia dan uzur mereka tetap berpuasa serta bangun sahur, saya bersyukur dipermudah­kan segala urusan menjaga sembilan warga emas berumur antara 50 hingga 80 tahun,” kata Siti Suhana Mohamed Amin, 27 tahun.

Beliau yang bertugas sebagai warden di rumah jagaan Baitul Hanan Taman Pelindung Indah di sini, berkata, dia ikhlas menjaga insan istimewa yang sentiasa inginkan perhatian serta kasih sayang sepanjang masa.

Katanya, pada usia senja itu golongan terbabit memerlukan perhatian dan lebih penting didikan agama, kesungguha­n dan semangat ingin belajar jelas dapat dilihat walaupun berhadapan masalah sebutan.

“Saya seronok dapat menjalani ibadat berpuasa bersama warga emas yang tidak banyak menimbulka­n masalah sepanjang Ramadan, keceriaan jelas terpancar di wajah mereka setiap kali berbuka.

“Kami seperti satu keluarga besar tinggal di bawah satu bumbung dan semua warga emas saya anggap sebagai nenek sendiri yang memerlukan perhatian dan kasih sayang,” katanya ditemui, semalam.

Beliau yang juga pemegang ijazah Bahasa Arab berkata, sebagai warden dia turut bertanggun­gjawab menguruska­n warga emas yang uzur selain menyediaka­n juadah berbuka puasa dan bersahur.

Siti Suhana berkata, pengalaman lima tahun menguruska­n warga emas di Baitul Hanan mengajarny­a erti kesabaran apabila berhadapan karenah penghuni yang perlu dimandikan, dibawa berjalan dan disuap makan.

Katanya, beliau dan seorang pembantu bertugas 24 jam secara bergilir-gilir kerana semua warga emas memerlukan perhatian lebih kerana ada dalam kalangan mereka tidak dapat menguruska­n diri disebabkan faktor usia.

Dia yang sedang menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda pengajian Islam secara pendidikan jarak jauh (PJJ) dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) berkata, dia hanya mampu menangis setiap kali berdepan warga emas yang bersikap agresif.

“Selain menjaga

warga emas, rumah jagaan Baitul Hanan juga menguruska­n remaja nakal dan terlanjur. Ketika ini terdapat dua remaja bermasalah sedang menjalani pemulihan menggunaka­n kaedah zikir dan al-Quran.

“Selain itu, ada seorang remaja terlanjur yang mengandung tujuh bulan dengan semua urusan pemeriksaa­n kesihatan, bersalin serta bayi bakal dilahirkan akan diuruskan kami,” katanya yang berasal dari Muadzam Shah, Rompin.

Siti Suhana menegaskan, permintaan untuk menempatka­n warga emas dan remaja bermasalah di Baitul Hanan terus bertambah namun ketiadaan premis tetap menyebabka­n

pihaknya terpaksa menolak.

Beliau berkata, setiap bulan pihaknya memerlukan perbelanja­an lebih RM6,000 bagi menampung penyediaan barangan keperluan harian, makanan, sewa rumah, bayaran bil elektrik dan air.

“Kami memerlukan sumbangan berbentuk kewangan daripada penderma bagi menguruska­n rumah jagaan Baitul Hanan, kami bercadang membina bangunan kekal sekiranya ada pihak sudi mewakafkan tanah,” katanya.

 ?? Siti Suhana Mohamed Amin ?? SITI Suhana mengajar warga emas membaca al-Quran di rumah jagaan Baitul HananTaman
Pelindung Indah.
Siti Suhana Mohamed Amin SITI Suhana mengajar warga emas membaca al-Quran di rumah jagaan Baitul HananTaman Pelindung Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia