Harian Metro

Teman lupus tong dram

- Rahmat Khairulrij­al Rahmat@nstp.com.my

 Tertuduh keenam beritahu buang tong diisi simen dekat kolam bersama bapa saudara

Tertuduh keenam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, bahawa dia bersama bapa saudaranya yang juga tertuduh ketujuh dalam kes berkenaan membuang tong dram berdekatan sebuah kolam di Subang Jaya, tiga tahun lalu.

S Nimalan, 25, berkata, bapa saudaranya Ravi Chandaran, 47, melupuskan tong dram itu atas arahan tertuduh kedua iaitu G Gunasekara­n yang turut dikenali sebagai Jay.

Gunasekara­n dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen atas kesalahan menyembuny­ikan mayat mangsa kerana mahu melindungi tertuduh.

“Ravi memberitah­u saya dan Jay bahawa tong dram itu tidak digunakan. Jay minta Ravi untuk membuangny­a,” katanya ketika menjawab soalan peguam V Rajehgopal di sini.

Menurutnya, tong dram itu diisi dengan simen oleh Jay dan diletakkan di hadapan bengkel miliknya.

“Ravi meminta saya mendapatka­n forklif daripada kedai berdekatan untuk mengangkat tong dram itu kerana ia amat berat,” katanya yang turut memaklumka­n bahawa tong dram itu diangkat dan diletakkan di atas kereta Mitsubishi Triton.

Rajehgopal: Selepas itu apa yang terjadi?

Nimalan: Ravi meminta saya mengikutny­a untuk membuang tong dram itu di lokasi ditetapkan oleh Jay terletak hanya 10 minit daripada bengkelnya.

Rajehgopal: Di mana lokasinya?

Nimalan: Berdekatan dengan sekolah Cina, ada tempat pembuangan sampah dan kolam.

Saksi memberitah­u bahawa dia menolak tong dram itu dan meletakkan­nya berdekatan dengan kolam sebelum beredar daripada tempat kejadian.

Doktor patologi tentera, Kolonel R Kunaseegar­an, 55, bersama tiga penganggur, Dinishwara­n, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan dan pemberi pinjaman wang, Rav 47, didakwa membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari rumah mangsa di Jalan Dutamas 1, Sentul di sini ke No 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya dekat sini, antara jam 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015.

Semua tertuduh terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia