Harian Metro

Datuk dituduh noda cucu

-

Ampang: Seorang datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu perempuann­ya yang berusia 9 tahun.

Tertuduh, 71, yang juga seorang pesara tentera, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah, Jalan M4, Ampang Jaya, jam 4 petang pada awal tahun ini dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashima­h Hashim tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluarga­an dan mengetahui tempat tinggal mangsa.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam rayuannya, menerusi peguam M K Thas memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan menghidap penyakit darah tinggi dan gout serta baru menjalani pembedahan pintasan jantung. Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di Balai Polis Ampang pada setiap bulan.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh untuk tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia