Harian Metro

Lubuk kaki judi

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@nstp.com.my

 Polis serbu pusat hiburan keluarga dipenuhi mesin slot

Sindiket perjudian sanggup mencari pelbagai taktik termasuk berselindu­ng di sebalik pusat hiburan keluarga (PHK) bagi mengaburi mata pihak berkuasa supaya tidak menyerbu premis mereka.

Lebih menyedihka­n sebahagian pengunjung ke premis itu untuk berjudi adalah beragama Islam hingga langsung tidak menghormat­i Ramadan akibat ketagih judi.

Bagaimanap­un, kegiatan empat pusat hiburan keluarga di sekitar daerah ini yang menjalanka­n aktiviti perjudian itu terbongkar selepas Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsteris­me (STAGG) Bukit Aman dan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melancarka­n Op Dadu Darul Aman, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya menjalanka­n serbuan itu selepas menerima aduan orang ramai berkaitan kegiatan itu.

Menurutnya, serbuan bermula jam 9.20 malam membabitka­n pemeriksaa­n empat premis di Shahab Perdana, Pekan Simpang Kuala, Kompleks Perniagaan Pelangi dan Seberang Jalan Putra.

“Susulan serbuan itu, kami menahan lima penjaga dan 17 operator membabitka­n 22 yang didapati lapan daripadany­a beragama Islam.

“Tangkapan terhadap pemain pula membabitka­n 78 individu iaitu 77 lelaki dan seorang wanita dan 49 daripadany­a Islam,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di IPK Kedah, di sini, semalam.

Mior Farid berkata, pihaknya merampas 63 mesin simulator PHK itu yang dimanipula­si menjadi mesin perjudian, 24 mesin slot, 20 keping cip dan wang tunai RM2,300.

“Premis ini adalah deretan rumah kedai dua tingkat di kawasan perniagaan dan perindustr­ian yang baru tiga bulan beroperasi.

“Semua yang ditahan itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan selanjutny­a mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Seksyen 6 (1) ARJT 1953,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil tindakan mengikut Seksyen 21 (a) Akta Rumah Judi Terbuka untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di premis ini.

“Polis ingin menasihatk­an mana-mana pusat hiburan keluarga tidak menyalahi lesen dikeluarka­n dengan memanipula­sinya kepada sindiket perjudian.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berselindu­ng di sebalik pusat hiburan itu untuk menjalanka­n perjudian,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PREMIS judi yang diserbu STAGG dan D7 Op Dadu Darul Aman, semalam.
PREMIS judi yang diserbu STAGG dan D7 Op Dadu Darul Aman, semalam.
 ??  ?? DERETAN mesin slot dalam premis yang diserbu.
DERETAN mesin slot dalam premis yang diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia