Harian Metro

Urus warga asing hak imigresen

- Wan Noor Hayati Wan Alias cnews@nstp.com.my

Penganalis­is bebas menggesa kerajaan membatalka­n kuasa memproses, mengurus dan menyimpan data pekerja asing oleh syarikat swasta kerana bertentang­an undang-undang imigresen dan pasport.

Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pasport 1966 menjelaska­n hanya pegawai Imigresen sahaja berkuasa menerima permohonan, memproses, menampal pelekat sebarang pas atau permit kepada warga asing.

Katanya, kerisauan orang ramai apabila pas atau permit ini diproses dan ditampal pegawai bukan imigresen yang bekerja di syarikat berkenaan.

“Keselamata­n negara tidak boleh diberi kepada syarikat dan tidak wajar dikompromi. Data maklumat adalah hak milik imigresen, kerajaan dan tidak boleh diberikan kepada syarikat, sama seperti maklumat tanah di pejabat tanah dan galian.

“Malah, maklumat peribadi rakyat asing juga sepatutnya tidak boleh diberi kepada syarikat untuk diakses kerana dibimbangi boleh dimanipula­si atau berlaku penyelewen­gan.

“Selama ini tiada siapa tahu kutipan duit syarikat berkenaan disalurkan kepada kerajaan atau syarikatny­a sendiri kerana tiada audit dilakukan,” katanya.

Beliau mengulas laporan akhbar berhubung usaha kerajaan dalam memastikan keselamata­n dan keamanan negara selain isu berkaitan imigresen dan pekerja asing yang menjadi agenda utama Kementeria­n Dalam Negeri.

Mengulas lanjut, Shahul berkata, bagi meningkatk­an keselamata­n dan ketenteram­an awam, jabatan khas diketuai Jabatan Imigresen perlu diwujudkan untuk mengendali­kan pekerja asing.

Katanya, ia menepati manifesto Pakatan Harapan yang meminta semua urusan jabatan kerajaan dikendalik­an

 Gesa batal kuasa syarikat swasta proses,urus dan simpan data pekerja asing

syarikat atau kementeria­n tidak berkenaan diserahkan semula kepada jabatan awam terbabit.

“Mengurus pekerja asing yang kini dilihat sebagai lubuk meraihkan keuntungan besar oleh syarikat berkenaan perlu dihentikan kerana berkait rapat dengan isu kerahsiaan dan keselamata­n negara,” katanya.

 ??  ?? MAKLUMAT peribadi rakyat asing juga sepatutnya tidak boleh diberi kepada syarikat untuk diakses.
MAKLUMAT peribadi rakyat asing juga sepatutnya tidak boleh diberi kepada syarikat untuk diakses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia