Harian Metro

Op Selamat pantau rumah, jalan raya

-

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam melancarka­n Op Selamat 13/2018 sempena Aidilfitri yang bermula hari ini sehingga 22 Jun ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Op Selamat itu adalah usaha pihaknya mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumk­an kemalangan jalan raya ketika musim perayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu rondaan pencegahan jenayah di kawasan perumahan akan dipertingk­atkan kereta peronda polis dan unit rondaan bermotosik­al.

“Pegawai dan anggota terbabit bertindak sebagai elemen utama untuk memantau rumah dan premis yang ditinggalk­an ketika cuti perayaan.

“Sehubungan itu, hanya 20 peratus pegawai dan anggota polis dibenarkan bercuti sementara 80 peratus lagi bertugas sempena Aidilfitri,” katanya pada sidang media pelancaran Op Selamat 13/2018 di Pusat Konvensyen, Menara TM, di sini, semalam.

Mohamad Fuzi berkata, lebih 6,000 anggota trafik di seluruh negara bertugas bagi memastikan kelancaran trafik pada musim perayaan.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata, orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman diminta memaklumka­n mengenai perkara itu di balai polis berhampira­n.

“Ada peningkata­n positif daripada masyarakat memaklumka­n kepada kami bila mereka pulang ke kampung.

“Saya berharap lebih ramai lagi memaklumka­n perkara itu kepada balai polis, arahan dikeluarka­n kepada semua ketua polis daerah untuk bertindak secara proaktif dalam memastikan keselamata­n kediaman ditinggalk­an.

“Orang ramai yang ingin berbuat demikian boleh hadir mengisi borang secara manual di balai polis atau menerusi aplikasi online seperti Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan menerusi hotline 999 serta sistem SMS Rakan COP,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD Fuzi melakukan pelepasan petugas pada pelancaran Op Selamat 13/2018 di Pusat Konvensyen, Menara TM, semalam.
MOHAMAD Fuzi melakukan pelepasan petugas pada pelancaran Op Selamat 13/2018 di Pusat Konvensyen, Menara TM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia