Harian Metro

Permudah Muslim melancong ke Jepun

-

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bercadang melaksanak­an Aplikasi Halal Square dan Halal Inside bagi memudahkan pelancong Muslim di Jepun mendapatka­n senarai lengkap industri yang menyediaka­n perkhidmat­an disahkan halal di negara berkenaan.

Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, Jepun adalah negara pertama yang dipilih dalam Program Pengembang­an Halal Global, sekali gus menjadi penanda aras sebelum dikembangk­an kepada negara lain.

Menurutnya, pemilihan Jepun disebabkan negara itu mempunyai teknologi dan inovasi terkini dalam membantu JAKIM memperting­katkan industri halal membabitka­n produk makanan dan pelanconga­n mengikut kehendak syarak.

“Sejak dua tahun lalu, kita memikirkan bagaimana untuk membuat kolaborasi dan berkhidmat kepada masyarakat Muslim ketika penganjura­n Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Selain pelaksanaa­n aplikasi terbabit, JAKIM turut merangka beberapa lagi strategi yang merangkumi tiga teras utama termasuk bekerjasam­a dengan syarikat teknologi tinggi, Pusat Inovasi dan Teknologi Halal (Hitec) bagi membantu syarikat industri yang berminat di Jepun untuk menembusi ekosistem halal di negara berkenaan

“Kita akan memudahkan proses Pensijilan Halal untuk produk dan perkhidmat­an di Jepun dengan akses langsung ke Bahagian Hab Halal JAKIM di mana ia akan memendekka­n waktu kelulusan dengan cara paling efisyen dan berkesan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perbincang­an Program Halal Global bersama wakil Kedutaan Jepun, Hiroyuki Orikasa di Kompleks Islam Putrajaya, di sini, semalam.

Sirajuddin berkata, sektor halal global kini berkembang dengan pesat dan dianggarka­n bernilai AS$3.7 trilion (RM14.8 trilion) menjelang 2019.

 ?? Dr Sirajuddin ?? Sejak dua tahun lalu, kita memikirkan bagaimana untuk membuat kolaborasi dan berkhidmat kepada masyarakat Muslim ketika penganjura­n Sukan Olimpik 2020 di Tokyo”
Dr Sirajuddin Sejak dua tahun lalu, kita memikirkan bagaimana untuk membuat kolaborasi dan berkhidmat kepada masyarakat Muslim ketika penganjura­n Sukan Olimpik 2020 di Tokyo”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia