Harian Metro

Bayar dulu saman baru jalan jauh

- Ifwan Tun Tuah ifwan@nstp.com.my

Pemandu dan bas ekspres yang dikesan mempunyai saman tertunggak tidak dibenarkan meneruskan perjalanan walaupun membawa ramai penumpang untuk pulang menyambut Aidilfitri bermula hari ini sehingga 22 Jun depan.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan penguatkua­saan menerusi Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Op Bersepadu Sempena Perayaan Aidilfitri yang dilancarka­n semalam.

Beliau berkata, syarikat pengendali bas ekspres perlu memastikan semua kenderaan dan pemandu mereka bebas daripada kesalahan jenayah termasuk saman tertunggak sebelum dibenarkan membawa penumpang.

“Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan membuat pemeriksaa­n di semua stesen dan terminal bas utama di seluruh negara dan semua rekod bas serta pemandu akan diperiksa.

“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut menjalanka­n ujian saringan dadah terhadap pemandu bas.

“Tindakan tegas ini diambil supaya syarikat bas memandang serius isu keselamata­n penumpang selain memastikan pemandu lebih berhati-hati di jalan raya,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen dan operasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye; Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shahruddin Khalid.

Loke berkata, kempen dan operasi bertemakan Pandu Cermat, Sampai Selamat yang berlangsun­g serentak dengan Op Selamat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu antara lain turut disertai JKJR, AADK, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementeria­n Kesihatan, MIROS dan syarikat konsensi lebuh raya.

Katanya, matlamat utama pelaksanaa­n kempen dan operasi itu adalah bagi mengurangk­an jumlah kemalangan serta kadar kematian yang disifatkan­nya amat serius dan membimbang­kan.

 ??  ?? LOKE mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai gimik pelancaran kempen di Hentian Rehat dan Rawat Seremban arah Selatan, semalam.
LOKE mengibarka­n Jalur Gemilang sebagai gimik pelancaran kempen di Hentian Rehat dan Rawat Seremban arah Selatan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia