Harian Metro

SAINS sedia beri air percuma

-

Seremban: Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) bersedia memberikan air percuma kepada penduduk seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan.

Pengarahny­a, Wan Rasdi Wan Ismail berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan negeri, SAINS akan mematuhi sebarang arahan daripada pentadbira­n sekarang.

“Kami masih menunggu perbincang­an dengan kerajaan negeri. Setakat ini, kami belum dipanggil untuk membincang­kan perkara itu.

“Kami tidak ada masalah untuk mengikut jejak langkah Selangor dan Johor jika diminta berbuat demikian oleh kerajaan negeri.

“Sekiranya ini berlaku, kita mungkin menyediaka­n 10 atau 20 meter padu air percuma setiap bulan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama Persatuan Anak Yatim Al Khair di sini, malam kelmarin.

Dalam perkembang­an lain, Wan Rasdi berkata, pelbagai langkah berjaga-jaga disediakan oleh SAINS untuk memastikan bekalan air mencukupi di negeri ini ketika perayaan Aidilfitri.

“Kami akan mengaktifk­an pelan kecemasan bermula 12 hingga 19 Jun untuk persiapan menghadapi sebarang kemungkina­n ketika musim perayaan. Kami menjangkak­an peningkata­n dalam penggunaan air lebih tiga kali ganda ketika Aidilfitri.

“Kami menyediaka­n pelbagai langkah teknikal untuk memastikan bekalan air yang mencukupi terus dari loji air sehingga pengagihan. Kami juga memasang pam penggalak di beberapa lokasi untuk meningkatk­an aliran air dan pengedaran kepada semua isi rumah,” katanya.

Beliau berkata, gangguan kecil bekalan air dijangka berlaku di kem tentera Palong dan Gemas kerana penggunaan air akan meningkat kepada sembilan juta gelen sehari.

 ??  ?? WAN Rasdi (lima dari kanan) bersama penghuni Pertubuhan Anak Yatim Al Khair pada majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang Seremban.
WAN Rasdi (lima dari kanan) bersama penghuni Pertubuhan Anak Yatim Al Khair pada majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang Seremban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia