Harian Metro

Mayat terbakar di kebun sawit

-

 Mangsa disyaki mati akibat tikaman di jantung

mayat juga hampir 90 peratus reput,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Dzulkhairi berkata, mayat itu disahkan lelaki berusia 30-an hingga 40-an dengan ketinggian 177 sentimeter.

Katanya, penemuan mayat itu diklasifik­asikan sebagai kes bunuh.

Menurutnya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa atau mereka yang kehilangan ahli keluarga supaya menghubung­i Pegawai Penyiasat, Asisten Superinten­dan Irwan Ishak di 012-5577159 atau Balai Polis Kelapa Sawit 07-6525122 atau mana-mana balai polis berhampira­n.

Sementara itu dalam kes berasingan, beliau berkata, pihaknya juga meminta kerjasama orang awam membantu menyalurka­n sebarang maklumat mengenai mayat seorang lelaki yang tidak diketahui identitiny­a yang ditemui berhampira­n tempat pembuangan sampah di Jalan Susur Plaza Tol Kulai, dekat sini, pada 16 Mei lalu.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat ditikam di leher dengan senjata tajam.

“Berdasarka­n maklumat, mangsa adalah lelaki India berusia 30-an hingga 40-an,” katanya.

Dzulkhairi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat itu atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubung­i Pegawai Penyiasat, Asisten Superinten­dan Wee Hock Lian di 019-7958008 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai 07-6632122 atau balai polis berhampira­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia