Harian Metro

Jumpa mayat mati tersandar

-

Seorang lelaki yang baru tiga hari lalu keluar dari Pusat Pemulihan Machang ditemui mati dalam keadaan menyandar di rumah yang tidak berpenghun­i dekat Kampung Pek, di sini, semalam.

Lelaki berusia 37 itu ditemui orang awam kira-kira jam 8 pagi selepas mereka curiga dengan motosikal yang dilihat di tepi jalan sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superinten­dan Dzulkifli Ab Ghani berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis dikerah ke lokasi penemuan mayat berkenaan untuk menjalanka­n siasatan.

Katanya, hasil siasatan awal daripada saksi mendapati mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui selepas orang awam melihat motosikal jenis Kriss yang ditinggalk­an di tepi jalan.

“Mayat itu ditemui dalam keadaan menyandar pada dinding rumah dan pemeriksaa­n terhadap mayat mangsa juga mendapati tiada kesan jenayah.

“Menurut ahli keluarga, mangsa baru saja keluar daripada pusat pemulihan tiga hari lalu akibat kes dadah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mayat seorang lelaki yang hampir reput dengan kesan 80 peratus terbakar, ditemui di dalam kebun sawit berhampira­n kawasan Kilang Nilai, Batu 24, Kelapa Sawit, dekat sini.

Mayat lelaki yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui hasil maklumat awam, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa adalah akibat tikaman di bahagian jantung.

“Polis menerima maklumat mengenai rangka mayat yang tidak diketahui identiti, ditemui dalam kebun sawit berhampira­n kawasan kilang.

“Pemeriksaa­n pada rangka mayat menemui kesan 80 peratus terbakar dan keadaan

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI yang ditemui mati dalam keadaan menyandar di rumah yang tidak berpenghun­i dekat Kampung Pek.
LELAKI yang ditemui mati dalam keadaan menyandar di rumah yang tidak berpenghun­i dekat Kampung Pek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia