Harian Metro

Lengan hampir putus

- Mohd Hasbi Sidek news@nstp.com.my

 Lelaki maut ditetak 20 lelaki dekat kedai cuci kereta

“Mangsa dikejar meter sebelum ditetak di kawasan lapang lalu tumbang. Dia sempat bangun dan berjalan ke arah jalan, namun rebah di lokasi dia ditemui mati,” kata saksi kejadian seorang lelaki diserang dan ditetak sekumpulan lelaki di Jalan PJS 2B/3, Metro Square, PJS 2, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa S Ravindran, 22, dikatakan diserang 20 lelaki berhampira­n sebuah kedai mencuci kereta berhadapan Blok 10, Desa Mentari 2, sebelum melarikan diri.

Mangsa yang maut ditemui dengan lengan kirinya hampir putus akibat ditetak suspek terbabit menggunaka­n senjata tajam.

Saksi hanya mahu dikenali sebagai Joe, 30-an berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan bertemu lima lelaki di sebuah premis mencuci kereta tidak jauh dari lokasi.

“Saya difahamkan mangsa ada jumpa bersama (penyerangn­ya) sebelum berlaku pertengkar­an.

“Dia kemudian dikejar sebelum ditetak di kawasan lapang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi semalam.

Katanya, abang mangsa sempat ke lokasi dan cuba mengejutka­nnya namun selepas melakukan pemeriksaa­n nadi, lelaki berkenaan hanya terdiam sambil menunjukka­n isyarat Ravindran sudah meninggal dunia.

Rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, Ravindran tinggal di rumah flat berhampira­n lokasi.

“Sebelum kejadian ada seseorang menghubung­i Ravindran dan memintanya turun untuk bertemu di kedai mencuci kereta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 30 dan 45 tahun untuk membantu siasatan selain menemui dua parang diselitkan di bawah kenderaan diparkir berhampira­n lokasi mangsa diserang.

 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui berhampira­n kedai mencuci kereta.
MAYAT mangsa ditemui berhampira­n kedai mencuci kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia