Harian Metro

YP kekal kerjasama dengan enam NGO

-

Kuantan: Yayasan Pahang (YP) meneruskan kerjasama dengan enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi merapatkan hubungan antara kerajaan dan masyarakat setempat.

Pengurus Besar YP, Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata, melalui kerjasama ini, YP menyediaka­n bantuan kepakaran selain dana mengikut keperluan NGO terbabit.

“Antara NGO yang mendapat sumbangan adalah Drug Interventi­on Community (DIC), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Pahang dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

“Selain itu, kita turut memberikan sumbangan kepada pelajar Program Pembanguna­n Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA), anak dari Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kuantan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa YP Bersama DIC Pahang, MACMA, PERKIM, PETAMA, NASOM dan PPDK di Kompleks Yayasan Pahang di sini, malam kelmarin.

Mahmud turut menyampaik­an sumbangan duit raya kepada 434 penerima, termasuk kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.

Mengulas lanjut mengenai sumbangan berkenaan, Mahmud berkata, pihaknya menyediaka­n peluang kepada DIC dengan melantik NGO itu sebagai syarikat pembersiha­n dan cuci kenderaan serta sebagai rakan strategik dalam menangani isu berkaitan penyalahgu­naan dadah.

Katanya, bagi NGO lain, YP akan terus memberi sokongan moral dengan menyediaka­n kelas agama Taffaqun Fiddin untuk ahli mereka.

“Untuk NASOM dan PPDK pula, kita bantu mereka dalam aktiviti mengumpul dana dan menyediaka­n kelas fardu ain dengan kerjasama Maahad Tahfiz Negeri Pahang,” katanya.

Kerajaan negeri diminta memanfaatk­an wang royalti yang bakal disalurkan kerajaan Pusat sebaik mungkin supaya ia boleh memberi faedah secara keseluruha­n kepada rakyat di negeri ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia