Harian Metro

Manfaat sebaiknya

- Ahmad Rabiul Zulkifli cnews@nstp.com.my

 Terengganu perlu guna wang royalti secara berhemah

Penaung Majlis Pemuafakat­an Rakyat Terengganu (MAMPAT) Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail berkata, kerajaan negeri di bawah kepemimpin­an PAS perlu menggunaka­n wang royalti yang bakal diserahkan untuk membantu penduduk negeri ini yang memerlukan.

“Selepas sekian lama tuntutan dibuat di bawah pemerintah­an kerajaan terdahulu tidak diendahkan dan kali ini tuntutan royalti itu bakal dipenuhi kerajaan baru yang dipimpin kerajaan Pakatan Harapan.

“Justeru, ia peluang terbaik untuk kerajaan negeri sekarang membantu masyarakat yang memerlukan dengan mengambil kira keperluan penduduk miskin terutama petani dan nelayan di negeri ini.

“Sewajarnya kerajaan baru berlaku adil terhadap Terengganu dan Kelantan untuk menyalurka­n wang royalti yang sepatutnya dinikmati penduduk di negeri seperti yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Malay College Old Boys Associatio­n (MCOBA) Terengganu bersama Anak Yatim dan Pelajar Tahfiz di sini.

Pada majlis itu Ibrahim yang juga Presiden MCOBA Negeri meraikan 50 pelajar tahfiz Madrasah al-Azhar Kuala Ibai dan 30 anak yatim daripada Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi.

Beliau berkata, hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat juga perlu dieratkan supaya perancanga­n untuk membela nasib rakyat di negeri ini berjalan lancar.

“Ketepikan segala soal lain yang tidak sependapat dan beri tumpuan yang serius untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia