Harian Metro

Tak kenal usia

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@nstp.com.my

 Tibi jangkiti kanak-kanak bawah 15 tahun

Sebanyak 235 kes tuberculos­is (tibi) atau batuk kering yang membabitka­n lapan kes kematian dilaporkan di negeri ini, sepanjang Januari hingga semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) Dr Zainudin Mohd Ali berkata, tibi yang sinonim dengan golongan dewasa kini turut dilaporkan berlaku terhadap kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun.

“Seramai tiga kanak-kanak didaftarka­n menerima rawatan sebagai pesakit tibi, bagi tempoh sama tahun ini.

“Tahun lalu saja, sebanyak 22 kes tibi membabitka­n kanak-kanak daripada 631 kes direkodkan di negeri ini. Daripada jumlah itu, hanya enam peratus membabitka­n kes warga asing manakala selebihnya kes rakyat tempatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya,

kanak-kanak biasanya terdedah dan dijangkiti akibat berdekatan dengan orang yang rapat seperti ahli keluarga yang menghidap tibi.

Dr Zainudin berkata, tibi disebarkan melalui udara apabila penghidap tibi paru-paru batuk atau bersin dan mereka memindahka­n bakteria ke udara lalu menjangkit­i orang lain yang menyedut udara berkenaan.

“Simptom atau gejala penyakit tibi adalah batuk berpanjang­an melebihi dua minggu, kurang selera makan, demam, berpeluh di waktu malam dan batuk berdarah. Mereka yang mempunyai simptom itu perlu mendapatka­n saringan dengan segera di klinik berhampira­n.

“Saringan penyakti tibi penting bagi mengelakka­n penyakit ini daripada menular dalam komuniti,” katanya.

Penyakit tibi tidak mengenal usia, namun Dr Zainudin berkata, ia boleh di- pulihkan jika dirawat selepas dikesan awal menggunaka­n kaedah mudah iaitu alat imbasan dada atau penilaian klinikal oleh kakitangan kesihatan terlatih.

Menurutnya, rawatan bagi penyakit tibi adalah dengan memberikan ubat secara directly obsserved therapy shourt course (DOTS) iaitu kaedah rawatan yang memerlukan pesakit memakan ubat di hadapan penyelia rawatan selama

enam bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia