Harian Metro

MACMA rai 150 mualaf

Program berbuka puasa tahunan dilaksana jaga kebajikan saudara baru

- Mohd Amin Jalil cnews@nstp.com.my

Seramai 150 mualaf di negeri ini diraikan dalam majlis berbuka puasa oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Negeri Sembilan di sebuah restoran di Paroi di sini, semalam.

Pengerusi MACMA Negeri Sembilan Shasaine Siau Abdullah berkata, acara tahunan sempena Ramadan itu bertujuan mengeratka­n hubungan selain memberi peluang kepada mualaf berkongsi pengalaman berpuasa.

Menurutnya, pihaknya turut menyampaik­an zakat dan bantuan hari raya kepada semua mualaf yang hadir.

“Kami mengadakan tazkirah selama 30 minit berkaitan pengisian Ramadan yang disampaika­n wakil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Majlis berbuka puasa ini menjadi aktiviti tahunan sejak MACMA ditubuhkan lebih 15 tahun lalu dan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekalka­n hubungan sesama saudara baru ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Dakwah JHEAINS Ahmad Husaini Mustafa.

Shasaine Siau berkata, mualaf yang berdaftar dengan pihaknya melebihi 300 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, setiap tahun MACMA menerima tidak kurang 20 saudara baru yang datang berdaftar dan memeluk Islam.

Katanya, pihaknya menjalanka­n pelbagai aktiviti bagi memantapka­n akidah mereka seperti kelas fardhu ain, mengaji, kaunseling dan kursus kemahiran.

“MACMA sentiasa menjaga kebajikan saudara baru selain memastikan mereka menerima ajaran Islam yang betul, malah kami juga mendapat sokongan padu daripada pelbagai pihak terutama usahawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“MACMA bukan tempat untuk mengasingk­an saudara baru daripada masyarakat umat Islam yang lain terutamany­a orang Melayu, tetapi menjadi pusat bimbingan untuk mereka menghayati dan memahami Islam sepenuhnya,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Husaini (dua dari kanan) menyampaik­an bantuan Hari Raya Aidilfitri sambil disaksikan Shasaine
AHMAD Husaini (dua dari kanan) menyampaik­an bantuan Hari Raya Aidilfitri sambil disaksikan Shasaine
 ??  ?? SAUDARA baru ceria menerima bantuan Aidilfitri.
SAUDARA baru ceria menerima bantuan Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia