Harian Metro

Imarah masjid singgah Tarawih

-

Melaka: Bagi mengimarah­kan solat Tarawih di beberapa masjid di seluruh negeri ini, Gabungan Melaka Bikers Club (GMBC) menganjurk­an Program Singgah Tarawih sejak 27 Mei lalu.

Program pertama kali diadakan itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada ahli terdiri daripada 12 kelab motosikal di Melaka.

Pengerusi GMBC Mohd Hairi Ramijo berkata, program yang dianjurkan bermatlama­t menarik ahli untuk datang ke masjid bagi solat berjemaah dan menjadikan­nya sebagai rumah kedua mereka.

“Selain dapat beribadat, mengeratka­n silaturrah­im dan mengimarah­kan masjid, peserta juga dapat mengenali masjid yang menjadi sebutan penduduk Melaka antaranya Masjid Kampung Hulu, Masjid Cina dan Masjid Tanjung Kling.

“Pelbagai pengalaman dapat dirasai sendiri peserta ketika menunaikan solat Tarawih di masjid berkenaan sepanjang program bermula di Masjid Putra di Masjid Tanah dan berakhir

Pelbagai pengalaman dapat dirasai sendiri peserta ketika menunaikan solat tarawih di masjid itu”

Mohd Hairi

di Masjid Al-Azim, Bukit Palah,” katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Hulu, semalam.

Mohd Hairi berkata, program keagamaan seumpama itu akan diteruskan seperti Singgah Usrah bagi mempelbaga­i aktiviti ahli GMBC, selain aktiviti kebajikan dan konvoi yang sinonim dengan kelab penunggang motosikal lain.

“Selain solat Tarawih, kita juga menyampaik­an bantuan Aidilfitri kepada kanak-kanak yang kurang berkemampu­an di sekitar kawasan Kampung Bertam Malim,” katanya.

 ??  ?? AHLI GMBC yang menyertai Program Singgah Tarawih di masjid sekitar Melaka.
AHLI GMBC yang menyertai Program Singgah Tarawih di masjid sekitar Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia