Harian Metro

Wujud suasana Aidilfitri di kampung tingkat kemeriahan

-

Johor Bahru: Pusat beli-belah Komtar JBCC di sini, mewujudkan suasana Aidilfitri di kampung bagi meningkatk­an kemeriahan dan keterujaan pengunjung­nya menyambut hari perayaan itu.

Pengurus Pemasarann­ya, Nuha Abdullah berkata, konsep Gaya Kampung Tradisiona­l yang menggambar­kan suasana seperti anjung rumah itu memberi pengunjung perasaan seperti berada di kampung, selain menjamu mata melihat jualan kuih raya, kelengkapa­n rumah, pakaian dan aksesori.

“Lebih menarik, pembeli yang berbelanja di mana-mana kedai dalam bangunan Komtar JBCC dengan jumlah minimum RM150 akan menerima paket sampul raya yang direka eksklusif.

“Malah, empat pembeli bertuah turut berpeluang memenangi barangan runcit percuma selama setahun yang keseluruha­nnya bernilai RM3,600 di Kapitan Grocer di sini, dengan menyertai peraduan cabutan bertuah Beli dan Menang,” katanya.

Nuha berkata, peraduan yang akan diumumkan pada penghujung bulan ini bertujuan menggalakk­an pengunjung untuk berbelanja, di samping membantu memberi pulangan kepada penyewa di pusat beli-belah itu.

Katanya, pusat beli-belah yang dibuka seawal jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari itu mempunyai 126 premis perniagaan di empat tingkat bangunan selain menyediaka­n kira-kira 1,200 ruangan tempat letak kereta.

“Pada kebiasaann­ya, Komtar JBCC menerima kira-kira 900,000 pengunjung sebulan manakala pada musim perayaan boleh mencecah satu juta orang, termasuk dari Singapura.

“Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembaha­n tradisiona­l seperti tarian zapin dan ghazal yang diadakan pada 9 Jun ini, serta persembaha­n angklung pada keesokan harinya,” katanya.

Seramai 290 Orang Asli membabitka­n 48 keluarga di Kampung Bakar Batu, Taman Perling di sini, ceria apabila menerima sumbangan barangan keperluan disampaika­n Hotel M-Suites di sini, kelmarin.

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel M-Suites Mohd Faizal Sulaiman berkata, sumbangan itu disampaika­n menerusi Program Lawatan Kebajikan Ramadan 2018.

Beliau berkata, sejak lapan tahun lalu, komuniti Orang Asli di perkampung­an itu menjadi tumpuan pengurusan hotel berkenaan.

Menurutnya, antara barangan disampaika­n termasuk beras, beg berisi kudapan

 ??  ?? DEKORASI di pusat beli-belah Komtar JBCC.
DEKORASI di pusat beli-belah Komtar JBCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia