Harian Metro

Mengaku buat aksi lucah

- Olivia Miwil olivia@nstp.com.my

 Lelaki hadapi 8 pertuduhan dijel 32 tahun

Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah­kan seorang lelaki menjalani hukuman penjara 32 tahun selepas mengaku bersalah melakukan aksi lucah terhadap empat kanak-kanak lelaki, tahun lalu.

Tertuduh berusia 20 tahun mengaku bersalah terhadap semua lapan pertuduhan terhadapny­a mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (b) Kesalahan-Kesalahan Seksual, Akta Kanak-Kanak 2017.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermula pada tarikh dia ditangkap iaitu pada 25 September tahun lalu.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh yang tidak bekerja melakukan kesalahan itu antara 17 hingga 24 September tahun lalu di Papar.

Sepanjang tempoh itu, tertuduh didakwa menyentuh kemaluan empat kanak-kanak terbabit yang berusia sembilan hingga 14 tahun.

Selain itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam turut didakwa mengarahka­n kanak-kanak terbabit menyentuh kemaluanny­a.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Dinesh Raja Dore Raja.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki dihukum penjara lapan tahun kerana terbabit dalam rompakan bersenjata di Penampang, Februari lalu.

Noor Hafizah memerintah­kan tertuduh berusia 19 tahun itu menjalani hukuman berkenaan bermula pada tarikh dia ditangkap iaitu pada 27 Februari lalu. Lelaki dari Putatan yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 397 kanun sama kerana melakukan rompakan bersenjata.

Tertuduh yang juga tidak diwakili peguam menggunaka­n parang untuk merompak telefon bimbit seorang lelaki pada 26 Februari lalu.

 ??  ?? TERTUDUH (kiri) selepas dijatuhkan hukuman di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.
TERTUDUH (kiri) selepas dijatuhkan hukuman di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia