Harian Metro

Api ‘baham’ dapur

- Baharom Bakar news@nstp.com.my

Banyak kebakaran pada bulan puasa akibat kecuaian

Lupa menutup gas selepas memanaskan lauk bersahur dan menyediaka­n juadah berbuka puasa punca utama berlakunya kebakaran kediaman sehingga membabitka­n kerugian sebanyak RM6.1 juta sepanjang Ramadan tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Sharikan Bustaman berkata, sebanyak 85 kes kebakaran membabitka­n kediaman berlaku sejak Ramadan pertama bermula 17 Mei lalu di seluruh negeri.

Katanya, siasatan awal mendapati punca utama kebakaran berlaku kerana kecuaian suri rumah lupa menutup gas selepas memasak juadah berbuka dan memanaskan lauk untuk bersahur.

“Jumlah kebakaran sepanjang Ramadan tahun ini meningkat sebanyak 40 kes berbanding hanya 45 kes tahun lalu.

“Anggaran nilaian harta benda yang berjaya diselamatk­an dalam 85 kes kebakaran sepanjang Ramadan tahun ini adalah sebanyak RM273.2 juta,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pemeriksaa­n menghapusk­an bahaya kebakaran sempena musim perayaan di Pasar Raya Besar Mydin, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengurus Mydin Wilayah Timur R Naidu.

Mengulas mengenai kerja menyelamat terutama membabitka­n kemalangan jalan raya sepanjang Ramadan, Sharikan berkata, sebanyak 86 kes kemalangan dilaporkan berlaku, berbanding hanya 70 kes sepanjang tahun lalu.

Katanya, sebagai persiapan menghadapi musim perayaan tahun ini, JBPM Terengganu akan menempatka­n jentera dan pegawai di beberapa lokasi kemalangan jalan raya terutamany­a di sepanjang Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT2).

“Selain menempatka­n jentera dan anggota di lokasi kemalangan, JBPM Terengganu juga akan melakukan rondaan di semua laluan persekutua­n serta negeri,” katanya.

 ?? FOTO: BAHAROM BAKAR ?? SHARIKAN (dua dari kanan) dan Naidu (tiga kanan) melakukan ujian pancutan air ketika melakukan pemeriksaa­n keselamata­n bangunan di Pasar Raya Besar Mydin.
FOTO: BAHAROM BAKAR SHARIKAN (dua dari kanan) dan Naidu (tiga kanan) melakukan ujian pancutan air ketika melakukan pemeriksaa­n keselamata­n bangunan di Pasar Raya Besar Mydin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia