Harian Metro

Resah isteri hamil

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Black berdoa kandungan isteri tidak keguguran lagi

Selepas tiga kali mengalami keguguran, penyanyi Black Hanifah mengakui takut jika isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi melalui perkara sama sekali lagi.

Black berkata, dia memaklumka­n kepada Naquia yang kini hamil lima bulan jika kandungan kali ini gagal, mereka reda dan tidak mahu berharap lagi.

Sebelumnya, pasangan ini dikurniaka­n seorang cahaya mata lelaki, Khaleef Dayyan, 3.

“Alhamdulil­lah, ini adalah rezeki untuk kami. Saya menangis saat diberitahu isteri hamil lagi. Hanya orang yang berkahwin saja mengetahui perasaan ini. Apatah lagi, sebelum ini dia sudah tiga kali mengalami keguguran. Ketika itu, saya berharap kandungan kali ini menjadi.

“Namun dalam kegembiraa­n itu saya tetap bimbang. Malah, saya pernah cakap jika bukan rezeki nak dapat anak lagi, cukuplah seorang ini. Saya kasihan melihat keadaannya setiap kali perlu melalui proses

(D&C) atau cuci rahim,” katanya kepada Harian Metro.

Black yang popular dengan lagu Teman Pengganti berkata, isterinya disahkan hamil selepas membuang tiub falopio sebelah kiri.

“Selepas anak pertama berusia setahun, isteri disahkan hamil. Namun, belum rezeki kami apabila dia mengalami keguguran. Tidak lama selepas itu, isteri hamil lagi. Sekali lagi, dia keguguran.

“Pada waktu itu, doktor memaklumka­n isteri hamil anak kembar. Namun, satu janin berada di luar rahim menyebabka­n satu tiub falopio terpaksa dibuang.

“Kami tidak pernah berhenti berdoa dan berharap. Biarpun selepas tiga kali keguguran, kalau Allah nak berikan rezeki, siapa kita untuk menolak. Ini semua ketentuan Allah,” katanya.

Menurut Black, doktor hanya menasihati isterinya supaya kerap melakukan pemeriksaa­n kehamilan.

“Walaupun hamil dengan satu tiub saja, doktor cakap jangan bimbang. Malah lebih membimbang­kan jika tiub berkenaan tidak dibuang kerana boleh memberi kesan kepada rahim.

“Namun, isteri perlu kerap menjalani pemeriksaa­n kesihatan kehamilan. Insya-Allah, isteri dijangka besalin pada November ini. Doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudah­kan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia