Harian Metro

Perang rasuah habis-habisan

- Mohd Sharumnish­am Shahbudin cnews@nstp.com.my

 Kedah tak kompromi gelaja makan suap

Kerajaan Kedah tidak akan berkomprom­i dalam soal rasuah, malah akan memastikan mereka yang terbabit kegiatan itu akan dikenakan tindakan bagi membantera­s gejala tidak bermoral itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya akan memerangi habis-habisan rasuah sama ada membabitka­n agensi kerajaan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

“Kami akan menyiasat jika ada kes rasuah yang sudah berlaku bagi memastikan tiada yang terlepas daripada tindakan.

“Ini janji utama Pakatan Harapan (PH) apabila mengambil alih pentadbira­n kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutua­n,” katanya berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaia­n Sumbangan Guru al-Quran Sukarela, Penggali Kubur, Juru Mandi Jenazah, Bomoh Patah dan Bidan Kampung Daerah Kubang Pasu di Masjid Kampung Tradisi Changlun di sini, kelmarin.

Mukhriz berkata, rasuah bukan saja merugikan kerajaan tetapi rakyat akan menerima risiko daripada projek tidak mengikut spesifikas­i betul.

“Bayangkan projek yang nilai asalnya RM100,000 tetapi akibat rasuah, ia meningkat menjadi RM150,000.

“Kontraktor pula terbeban dengan desakan rasuah daripada pihak tertentu menyebabka­n kualiti kerja kurang memuaskan dan kesannya kembali kepada rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerlun menggesa rakyat Kedah menyokong dan membantu kerajaan negeri membasmi gejala ini kerana mengakui ia sukar tetapi perlu dilakukan.

Terdahulu, pada majlis itu, 933 individu dari Kubang Pasu menerima bantuan disumbangk­an Yayasan Islam Negeri Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia