Harian Metro

Asyik layan lalok

-

Seorang penjawat awam disyaki penagih dadah ditahan polis dalam keadaan lalok di sebuah rumah di Jejawi di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki berusia 44 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah pada kira-kira jam 3.10 pagi.

Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan dalam keadaan di bawah pengaruh dadah.

“Suspek ditahan di ruang tamu rumah dan pemeriksaa­n lanjut menemui sepaket plastik lut sinar berisi bahan disyaki methamphet­amine dengan anggaran berat 0.52 gram dalam genggaman tangan kanan lelaki itu.

“Suspek sudah tujuh tahun terbabit dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dan ketika ditahan sedang lalok,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 Penjawat awam ditahan genggam methamphet­amine

Mohamad Zainal berkata, ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati penjawat awam itu positif dadah jenis methamphet­amine, tetapi lelaki itu tiada rekod kesalahan lampau.

“Suspek kini ditahan reman tiga hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama,” katanya.

 ??  ?? DADAH yang dirampas ketika serbuan di Jejawi, semalam.
DADAH yang dirampas ketika serbuan di Jejawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia