Harian Metro

Bantu negeri defisit

- Irwan Shafrizan Ismail irwansha@nstp.com.my

 Majlis Kewangan Negara setuju peruntuk RM430j kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri

Majlis Kewangan Negara bersetuju supaya Kerajaan Persekutua­n menyediaka­n caruman kepada Kumpulan Wang Rizab Negeri (KWRN) tahun 2020 sebanyak RM430 juta.Kementeria­n Kewangan dalam kenyataan berkata, selain itu, jumlah peruntukan yang disediakan Kerajaan Persekutua­n untuk membiayai pemberian kepada negeri bagi 2018 berjumlah RM8.16 bilion dan pemberian itu akan diteruskan seperti biasa.

Katanya, peruntukan dana kepada KWRN untuk 2020 itu bagi membiayai anggaran Pemberian Kepada Negeri-Negeri Yang Menghadapi Kekurangan Wang Dalam Akaun Mengurus (Pemberian Defisit) sebanyak RM150 juta.

Menurutnya, kelulusan peruntukan RM430 juta perlu dipohon dua tahun lebih awal kerana Mesyuarat Majlis Kewangan Negara diadakan setahun sekali dan supaya jumlah itu dapat diambil kira dalam penyediaan Bajet Persekutua­n tahun berkenaan.

“Ini bagi memastikan dana KWRN berada pada paras mencukupi dan tersedia untuk membantu negeri yang menghadapi masalah defisit dan kewangan.

“Bagi 2017, negeri yang menerima Pemberian Defisit ini adalah Kelantan sebanyak RM54.8 juta dan Perlis berjumlah RM38.4 juta. Kedua- dua negeri ini mengalami defisit Akaun Mengurus tahun 2016,” katanya.

Untuk rekod, jumlah caruman yang sudah diluluskan untuk 2019 adalah RM290 juta dan 2018 (RM330 juta).

Menurut kenyataan itu, baki caruman RM280 juta bagi membiayai Pemberian Berdasarka­n Tahap Pembanguna­n Ekonomi, Infrastruk­tur Dan Kesejahter­aan Hidup (Pemberian TAHAP).

“Pemberian ini bagi membantu negeri meningkatk­an lagi perbelanja­an pembanguna­n untuk mengimbang­i pembanguna­n di seluruh negara.

“Pada 2018, Pemberian TAHAP sudah dibayar kepada tujuh negeri iaitu Kedah sebanyak RM24.4 juta, Kelantan (RM28.5 juta), Sarawak (RM23.8 juta), Terengganu (RM27.7 juta), Perlis (RM23.3 juta), Pulau Pinang (RM13.5 juta) dan Perak (RM21 juta).

“Pemberian kepada negeri lain akan dibayar selepas tuntutan diterima daripada mereka oleh Kementeria­n Kewangan,” katanya.

Semalam, berlangsun­g Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kementeria­n Kewangan, di sini.

Ia turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Mesyuarat itu selaras dengan Perkara 108, Perlembaga­an Persekutua­n yang menetapkan bahawa mesyuarat perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan.

Untuk rekod, mesyuarat sebelum ini diadakan pada 14 Jun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia