Harian Metro

25,000 culas lunas levi

- Rohaniza Idris, Esther Landau dan Amira Eizan Azman am@hmetro.com.my

 Kementerti­an beri amaran keras majikan belum buat pembayaran

Kementeria­n Sumber Manusia memberi amaran keras kepada kira-kira 25,000 majikan yang tidak membayar levi Pembanguna­n Sumber Manusia supaya berbuat demikian secepat mungkin sebelum tindakan tegas di ambil ke atas mereka.

Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n berkata, beliau sudah mengarah penasihat undang-undang kementeria­n meneliti peruntukan yang ada untuk mengambil tindakan terhadap majikan yang gagal membayar levi berkenaan.

Katanya, beliau difahamkan, hanya 50 peratus daripada 50,000 majikan sudah menyelesai­kan tanggungja­wab membayar levi berkenaan.

“Akta Pembanguna­n Sumber Manusia 2001 jelas menyatakan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap majikan yang tidak membayar levi berkenaan.

“Namun setakat ini tiada seorang pun majikan yang gagal membayar levi itu dikenakan tindakan.

“Saya memandang serius perkara ini dan mahu mereka yang gagal dikenakan tindakan berdasarka­n peruntukan di bawah akta berkenaan,” katanya ketika berucap menutup Majlis Townhall Bersama Penyedia Latihan Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF)di sini, semalam.

Akta Pembanguna­n Sumber Manusia 2001 menyatakan mereka yang gagal membayar levi berkenaan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara sehari.

Kulasegara­n berkata, tindakan tegas itu bagi memberi keadilan kepada semua majikan di negara ini.

Katanya, pembayaran levi itu adalah mandatori kepada semua majikan.

Sementara itu, mengulas isu berkenaan Ketua Eksekutif Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF), Datuk CM Vignaesvar­an Jeyandran berkata, menteri sudah mengarah HRDF mengesan majikan yang gagal membayar levi bagi membolehka­n tindakan di ambil.

Katanya, menteri memberikan masa selepas 30 Jun mana-mana majikan yang gagal membayar levi akan dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam perkembang­an lain, Kulasegara­n berkata, beliau sudah mengarah ketua setiausaha kementeria­n untuk meneliti pembentuka­n satu jawatankua­sa bebas supaya memantau dan memerhati semua aduan dan laporan penyedia latihan dan orang awam terhadap HRDF.

Menurut Kulasegara­n, pada masa ini, semua aduan dan laporan terhadap agensi itu tidak dipantau mana-mana organisasi, tetapi terus disalurkan kepada Ketua Eksekutif HRDF.

“Kita harap selepas ini semua aduan dan laporan terhadap HRDF dapat diselesaik­an dan diuruskan dengan lebih baik.Kita juga arahkan semua aduan dimasukkan dalam laman web HRDF tanpa tapisan,kita mahu mengamalka­n sikap telus dan integriti tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai pendedahan penyedia latihan, ada antara ahli lembaga HDRF mempunyai syarikat pengendali latihan sumber manusia dan mendapat kontrak kerajaan, katanya, beliau sudah mengarah Ketua Setiausaha kementeria­n meneliti perkara itu dan jika benar perkara itu berlaku tindakan tegas akan diambil termasuk memecat ahli lembaga pengarah itu.

 ?? Kulasegara­n ??
Kulasegara­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia