Harian Metro

BELANJA SENDIRI

- Jumiati Rosly jumiati@nstp.com.my

 Kumpulan Berjaya mohon pembinaan landasan kapal terbang di Pulau Tioman

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan mengumumka­n pihaknya mengemukak­an permohonan pembinaan landasan kapal terbang di Pulau Tioman.

Pembinaan berkenaan, katanya, akan menggunaka­n perbelanja­an sendiri yang dianggarka­n sekitar RM1.1 bilion ke RM1.2 bilion.

“Kami merancang projek infrastruk­tur yang baru. Kami juga akan mengemukak­an kertas cadangan kepada kerajaan, tetapi dengan perbelanja­an sendiri menggunaka­n pinjaman daripada bank dan rakan kongsi.

“Kami tidak akan membebanka­n kerajaan kerana saya rasa siapa saja yang mahu menjalanka­n projek infrastruk­tur, mereka perlu mencari pembiayaan sendiri dan tidak hanya meminta kepada kerajaan,” katanya selepas sidang media Kelab Bola Sepak Cardiff City di sini, semalam.

Pemilik kelab bola sepak Cardiff City itu berkata, amalan menggunaka­n perbelanja­an sepatutnya digunakan bagi mengurangk­an bebanan kepada kerajaan yang kini berdepan dengan situasi kewangan yang tidak begitu baik. “Kami faham dengan situasi kerajaan pada masa kini adalah tidak begitu baik, jadi kami bersedia untuk mencari rakan kongsi dan menswastak­an projek itu bagi membolehka­n kerajaan tidak perlu membayarny­a,” katanya.

Mengulas mengenai perancanga­n projek itu, Tan berkata, lapangan terbang itu akan diuruskan kerajaan kelak dengan pihaknya memerlukan persetujua­n dan tanah untuk tujuan pembinaan lapangan terbang itu.

“Seperti sebelum ini berkaitan pembinaan projek keretapi (Keretapi Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura), jika ada pihak yang merasakan ia bagus, mereka sepatutnya membina sendiri, mencari pembiayaan sendiri dan membinanya sebagai mana projek perniagaan yang lain,” katanya.

Cadangan pembinaan lapangan terbang bermula sejak 2003 dengan cadangan itu dibatalkan pada 2009 apabila isu kebimbanga­n kerosakan alam sekitar dijadikan alasan.

 ??  ?? TAN (kanan) pada sidang media Kelab Bola Sepak Cardiff City di Kuala Lumpur, semalam.
TAN (kanan) pada sidang media Kelab Bola Sepak Cardiff City di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia