Harian Metro

Peletakan jawatan Rohana tiada isu

-

Kuala Lumpur: Peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro), Datuk Rohana Rozhan bermula 31 Januari 2019 tiada kaitan dengan kebocoran data mahupun pembabitan politik.

Pengerusin­ya Tun Zaki Azmi berkata, pemberian notis enam bulan selepas Rohana mengumumka­n peletakan jawatannya itu adalah prosedur biasa.

Katanya, ia bagi memudahkan jawatan terbabit diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan.

“Kami sudah merancang penggantia­n Rohana selama beberapa bulan dan pengumuman ini adalah amalan biasa yang memberi notis enam bulan.

“Jelas, bahawa

ia tiada kaitan langsung dengan kejadian kebocoran data atau sebarang unsur politik,” katanya kepada media yang ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Astro di sini, semalam.

Sementara itu, Rohana ketika ditanya mengenai peletakkan jawatan itu, berkata ia disebabkan beliau mempunyai matlamat yang lain.

“Saya bukan baru dengan Astro dan saya sangat bangga dengan pasukan yang memberi kerjasama dengan saya sehingga menaikkan jenama Astro menjadi pilihan rakyat Malaysia.

“Kami bekerja keras dan bersungguh untuk mengukuhka­n lagi model perniagaan kami serta memperluas­kan lagi pangkalan data pelanggan,” katanya.

Sepanjang perkhidmat­annya, Rohana berjaya mencatatka­n asas pelanggan Astro daripada dua juta kepada 5.5 juta, manakala pendapatan berkembang kepada RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018.

Beliau meraih pelbagai pengiktira­fan di atas pengurusan dan kepimpinan termasuk CEO Tahunan 2016 oleh Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti (MSWG) dan Pemimpin Perniagaan bagi Pengurusan Bakat CNBC Asia pada 2016.

Variety Los Angeles dan MIPTV Cannes menghargai pencapaian­nya di Anugerah TV Antarabang­sa 2018 yang menjadikan­nya rakyat Asia pertama diberikan pengiktira­fan berprestij itu.

 ?? Rohana Rozhan ?? Saya bukan baru dengan Astro dan saya sangat bangga dengan pasukan yang memberi kerjasama dengan saya sehingga menaikkan jenama Astro menjadi pilihan rakyat Malaysia”
Rohana Rozhan Saya bukan baru dengan Astro dan saya sangat bangga dengan pasukan yang memberi kerjasama dengan saya sehingga menaikkan jenama Astro menjadi pilihan rakyat Malaysia”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia