Harian Metro

UMWT berjaya ganti 91% inflator beg udara bagi Lexus, 53% Toyota

-

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) pengedar kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia aktif mengendali­kan isu penggantia­n beg udara Takata yang dimulakan sejak 2013.

Timbalan Pengerusi UMWT Akio Takeyama berkata, pihaknya menyokong penuh usaha kerajaan dalam isu penggantia­n beg udara Takata.

“Penggantia­n inflator beg udara berkenaan sangat penting memandangk­an ia boleh menggugat keselamata­n pengguna,” katanya.

“Toyota Motor Corporatio­n aktif mengatasi masalah ini sejak 2013 dan kami mula mengesan kenderaan yang terjejas serta melaksanak­an kempen servis khas di mana inflator digantikan tanpa sebarang caj kepada pemilik kenderaan,” katanya di sini, semalam.

UMWT berjaya melaporkan kadar penggantia­n inflator yang tinggi iaitu 91 peratus bagi kenderaan Lexus yang berusia kurang tiga tahun dan 53 peratus bagi kenderaan Toyota berusia kurang enam tahun.

Malah, pihaknya menggesa pemilik model lama Toyota dan Lexus segera menukar inflator kenderaan masing-masing memandangk­an model yang terjejas adalah dari 2001 hingga 2014 (Toyota) dan 2007 hingga 2016 (Lexus).

Presiden UMWT, Ravindran K berkata, pihaknya mengambil langkah memaklumka­n pemilik kenderaan untuk ke pusat servis yang sah untuk penukaran percuma.

Menurutnya, pihaknya turut mewujudkan pemeriksa Nombor Pengenalpa­stian Kenderaan (VIN) di laman web bagi memudahkan pemilik memeriksa sama ada kenderaan mereka terbabit dalam kempen ini atau tidak.

Selain pemeriksa dalam talian, pemilik Toyota juga boleh mengetahui mengenai kempen khas yang lain dengan menghubung­i 1800-8-TOYOTA (869682).

 ??  ?? TAKEYAMA
TAKEYAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia