Harian Metro

TUA TAPI MUDA

Remaja hidap penyakit ganjil kelihatan seperti berumur 80 tahun

- Agensi

Apabila melihat Xiao Cui buat kali pertama, anda pasti percaya lelaki ini berusia sekurang-kurangnya 80 tahun tetapi sebenarnya dia berumur 18 tahun dalam masih belajar di sebuah sekolah tinggi di Harbin, China.

Xiao sebenarnya mengalami sejenis penyakit sangat jarang ditemui yang menyebabka­n otot dan kulit mukanya mengendur menjadikan remaja itu kelihatan berpuluh-puluh tahun lebih tua berbanding usianya sebenar.

Dalam satu wawancara dengan portal Pear baru-baru ini, Xiao memberitah­u, dia mula mengesan gejala penyakit itu ketika di sekolah rendah lagi dan sejak itu kulitnya semakin mengendur sehingga kelihatan seperti lelaki tua.

Doktor sehingga kini masih gagal memahami penyakit itu apatah lagi untuk menghentik­an atau mengembali­kan wajah Xiao kepada sedia kala.

Situasi itu menyebabka­n Xiao tiada pilihan selain menerima keadaan dirinya dan kekal positif.

Remaja itu mengakui kadang kala dia berasa sedih apabila ada orang yang mempersend­akan wajahnya tetapi ujarnya, satu-satu cara menangani situasi itu adalah dengan kekal positif.

“Saya menipu sekiranya saya berkata saya tidak mengendahk­an penampilan saya tetapi saya seorang yang sentiasa positif. Itu adalah kekuatan diri saya,” katanya.

Bagaimanap­un, Xiao bernasib baik, walaupun penyakit itu menjadikan­nya kelihatan tua tetapi ia tiada kesan negatif terhadap kesihatann­ya.

Atas sokongan keluarga dan rakan-rakannya Xiao bertekad untuk meneruskan kehidupann­ya seperti biasa dan terus belajar untuk mencapai cita-citanya memasuki universiti.

Xiao juga adalah pelajar cemerlang dan gurunya yakin dia akan melanjutka­n pelajaran di universiti terkemuka di China serta berjaya dalam apa jua bidang yang diambilnya.

 ??  ?? PENYAKIT misteri menyebabka­n Xiao kelihatan berpuluh-puluh tahun lebih tua berbanding rakan sebayanya.
PENYAKIT misteri menyebabka­n Xiao kelihatan berpuluh-puluh tahun lebih tua berbanding rakan sebayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia