Harian Metro

Afghanista­n umum gencatan senjata sempena Aidilfitri

-

Kabul: Presiden Afghanista­n, Ashraf Ghani mengumumka­n gencatan senjata sementara semalam sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, walaupun tidak jelas sama ada kumpulan Taliban bersetuju atau tidak.

Ghani menerusi satu kenyataan di Twitter memberitah­u, gencatan senjata berkenaan akan berkuat-kuasa dari 27 Ramadan sehingga hari kelima Aidilfitri.

Hari ke-27 Ramadan jatuh pada Isnin 11 Jun sementara hari kelima Aidilfitri dijangka 15 Jun.

Bagaimanap­un, tidak jelas sama ada Taliban bersetuju dengan genjatan senjata berkenaan yang menjadi yang pertama pada Aidilfitri sejak Amerika Syarikat menyerang Afghanista­n pada 2001.

“Kami akan merujuk kepada pegawai kami mengenai pengumuman gencatan senjata itu,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid kepada AFP.

Keputusan mengejutka­n itu dibuat beberapa hari selepas perhimpuna­n ulama Afghanista­n di Kabul mendesak satu gencatan senjata dan mengeluark­an fatwa mengharamk­an serangan bom berani mati.

Sejam selepas fatwa itu diumumkan, seorang penyerang berani mati meletupkan diri di luar perhimpuna­n berkenaan menyebabka­n tujuh orang maut.

“Kerajaan bukan sahaja menyokong fatwa yang diumumkan oleh ulama itu malah turut menyokong gencatan senjata yang dicadangka­n.

“Kerajaan mengarahka­n semua pasukan keselamata­n dan bersenjata untuk menghentik­an serangan terhadap Taliban tetapi operasi terhadap Daish, al-Qeada dan rangkaian pengganas antarabang­sa akan diteruskan,” kata Ashraf. - AFP

Kerajaan bukan sahaja menyokong fatwa yang diumumkan oleh ulama itu malah turut menyokong gencatan senjata yang dicadangka­n” Ashraf

 ??  ?? ASKAR Afghanista­n berkawal di sebatang jalan di Kabul.
ASKAR Afghanista­n berkawal di sebatang jalan di Kabul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia