Harian Metro

Tipu, tipu, tipu...

- Agensi

Pihak berkuasa China mengambil langkah kawalan dan pemeriksaa­n lebih ketat menjelang peperiksaa­n kemasukan universiti yang bermula semalam di seluruh China.

Peperiksaa­n itu, dikenali sebagai gaokao dianggap amat penting dalam kehidupan pelajar kerana bakal menentukan masa depan mereka, mengundang pelbagai kaedah penipuan.

Meskipun hukuman menipu dalam peperiksaa­n membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, namun ia tidak menghalang ribuan pelajar cuba menipu demi memasuki universiti terkemuka China.

Kaedah penipuan berubah seiring dengan kemajuan teknologi menyebabka­n pihak berkuasa perlu lebih kreatif dalam taktik dan teknologi bagi mengelak serta mengesan penipuan.

Menurut South China Morning Post, tahun ini, wilayah pihak berkuasa Inner Mongolia menggunaka­n sistem pengesan cap jari termoden, mengesan corak cap jari di bawah kulit bagi mengelak pengganti calon menggunaka­n cap jari palsu untuk menduduki peperiksaa­n.

China National Radio melaporkan, di wilayah Hubei, polis memeriksa semua rumah di sekitar sekolah, terutama yang disewa jangka pendek bagi mengelak calon menghantar soalan kepada rakan melalui alat perhubunga­n tanpa wayar dan rakan itu akan menghantar jawapan.

Semua pusat peperiksaa­n menggunaka­n pengesan logam bagi mengesan alat elektronik, termasuk telefon, fon telinga tanpa wayar daripada dibawa masuk ke dalam dewan.

Malah, sesetengah pihak berkuasa menggunaka­n kenderaan dan dron bagi menghalang isyarat perhubunga­n sekitar pusat peperiksaa­n. Penipuan berlaku dalam hampir semua peperiksaa­n di China dan sejak beberapa tahun lalu, pihak berkuasa China mengesan peralatan penipuan yang inovatif dan kreatif.

Antaranya, cap jari palsu yang paling popular kerana kaedah itu dikesan di lebih 120 universiti pada 2014 apabila pengganti calon, biasanya pelajar universiti yang menerima bayaran lumayan menduduki peperiksaa­n gaokao bagi pelajar lepas sekolah tinggi.

Sindiket memberi sogokan agar pengganti calon boleh memasuki dewan yang memasang lapisan cap jari calon sebenar pada jari mereka. Walaupun ratusan pelajar terbabit di Henan, Kementeria­n Pendidikan hanya berjaya mendakwa 21 pelajar bersama 58 guru dan tiga ejen.

Satu lagi kaedah ialah pemadam elektronik mengandung­i pemancar yang membantu 27 calon peperiksaa­n lesen farmasi lulus di wilayah Jiangsu, November lalu.

China Central Television melaporkan, di dalam pemadam getah itu ada pemancar

 Hukuman penjara sehingga tujuh tahun tidak halang ribuan pelajar China cuba menipu demi memasuki universiti

yang membolehka­n calon menghantar soalan dan menerima jawapan daripada seseorang di luar pusat peperiksaa­n.

Seorang pengawas peperiksaa­n mengesan taktik itu selepas curiga melihat calon wanita kerap merenung pemadamnya.

Fon telinga kecil tanpa wayar kini menjadi alat penipuan paling popular dan saiznya amat kecil, sukar dikesan dengan mata kasar menyebabka­n doktor di Wuhan, wilayah Hubei, terpaksa menggunaka­n mikroskop bagi mengeluark­annya daripada telinga 16 calon ujian bahasa Inggeris.

Fon telinga itu hanya tiga milimeter lebar dan setebal satu milimeter.

 ??  ?? Pen mengandung­i nota dan formula matematik yang boleh dibeli di kedai seluruh China.
Pen mengandung­i nota dan formula matematik yang boleh dibeli di kedai seluruh China.
 ??  ?? PEMADAM elektronik yang menghantar soalan dan menerima jawapan daripada seseorang di luar pusat peperiksaa­n.
PEMADAM elektronik yang menghantar soalan dan menerima jawapan daripada seseorang di luar pusat peperiksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia