Harian Metro

Lawan atau...

Akramudin belum buat keputusan cabar Ahmad Ismail

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Timbalan Presiden Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM), Datuk Akramudin Aziz (gambar) belum membuat keputusan sama ada mahu mencabar Datuk Seri Ahmad Ismail bagi jawatan presiden pada pemilihan 24 Jun nanti.

Menurutnya, setiap ahli gabungan mempunyai hak untuk mencalonka­n sesiapa saja, namun dia memerlukan lebih masa untuk memikirkan­nya.

“Ia satu penghormat­an yang diberikan apabila saya dicalonkan. Namun, saya akan memaklumka­n keputusan dalam masa terdekat kerana ia perlu diteliti terlebih dulu,” kata Akramudin yang juga Presiden Persatuan Sepaktakra­w Negeri Melaka.

“Saya menghargai kepercayaa­n yang diberikan, mungkin mereka merasakan saya mampu menjalanka­n tugas dan sebagainya.” Situasi berkenaan turut menyaksika­n Akramudin masih belum dapat membuat keputusan sama ada mahu mempertaha­nkan jawatan Timbalan Presiden atau sebaliknya.

“Saya tidak tahu sokongan daripada ahli gabungan yang lain namun terima kasih kepada Gabungan Sepaktakra­w Kelantan (GASTAK),” katanya.

Sukan NSTP sebelum ini melaporkan GASTAK mencalonka­n Akramudin sebagai Presiden PSM, mencetuska­n kemungkina­n berlaku saingan tiga penjuru antara Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor (PSS), Datuk Markiman Kobiran dan penyandang sejak 2002, Ahmad.

Bagaimanap­un Markiman ketika diminta mengulas mengenai pencalo- nan itu melihatnya lebih kepada “sandiwara” dan beliau fokus untuk menghadapi Ahmad dalam perebutan jawatan tertinggi PSM itu.

Sejumlah 18 ahli gabungan PSM mempunyai peluang sehingga hari ini bagi mengemukak­an pencalonan untuk pemilihan barisan kepimpinan yang baru bagi penggal 2018-2021.

 ??  ?? AHMAD akan dicabar pada pemilihan 24 Jun ini.
AHMAD akan dicabar pada pemilihan 24 Jun ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia