Harian Metro

Nazim, Muizz jadi pilihan raih anugerah

-

Kuala Lumpur: Pelumba muda negara, Nazim Azman

(gambar) dan Muizz Musyafa dijangka menjadi calon pilihan meraih beberapa anugerah pada malam Anugerah Gala MERITUS yang dianjurkan oleh Petron di Pusat Penyiaran All-Asia ASTRO malam ini.

Bagaimanap­un, mereka bakal bersaing dengan pelumba dari China Daniel Cao, Kane Shepherd (Thailand) selain bintang muda dari Belgium, Ugo de Wilde.

Anugerah itu dianjurkan bagi mengiktira­f pelumba terbaik yang beraksi di Kejohanan Formula 4 Asia Tenggara FIA (F4 SEA) tajaan PETRON dengan prestasi pelumba akan dinilai selepas tamatnya musim F4 SEA 2017 yang berlangsun­g di Sepang, Thailand dan Filipina.

Nama Nazim, 17, menjadi calon pilihan meraih trofi utama selepas memenangi beberapa perlumbaan pembukaan F4 SEA yang dianjurkan sebagai acara sokongan pada perlumbaan Grnad Prix F1 pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, pelumba muda negara berbakat besar, Muizz, 16, turut menjadi sebutan apabila berjaya menaiki menaiki podium sebanyak dua kali tahun lalu.

“Tentunya saya amat teruja memulakan musim baru dan buat masa ini, saya sedang menggandak­an usaha dan latihan untuk memenuhi sasaran menduduki tiga tempat teratas pada musim akan datang ini,” kata Muizz.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Asian Autosport Action (AAA) merangkap Promoter F4 SEA, Peter Thompson berkata, sebanyak lapan kategori anugerah dipertandi­ngkan termasuk Juara Keseluruha­n, Rookie Terbaik, Pemanduan Terbaik, Lap Terpantas, Best Recovery, Bakat Harapan (Up and Coming Talent), Jurutera Terbaik dan Mekanik Terbaik.

“Pelumba muda ini wajar diiktiraf kerana mereka memberikan seluruh tenaga dan menjadikan saingan musim lalu sesuatu yang hebat.

“Segala ini dapat dilihat menerusi kualiti perlumbaan yang tinggi. Jadi, anugerah ini amat tepat bagi merangsang mereka mencapai kejayaan lebih baik dalam usaha menjadi pelumba berkelas dunia,” katanya

Sementara itu, nama Cao, 16, dicanang untuk membawa gelaran juara keseluruha­n sekali gus memahat nama sebagai pelumba pertama dari China menjulang gelaran perlumbaan F4 FIA.

Untuk rekod pemandu Indonesia, Presley Martono muncul sebagai pemenang sulung Anugerah Gala MERITUS pada tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia