Harian Metro

Norliyana pengganti Zaiton Othman

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Selepas 37 tahun negara ketandusan atlet dalam acara heptathlon, Norliyana Kamaruddin

(gambar) kembali menghidupk­an acara itu apabila layak beraksi di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang atas tiket kategori A.

Sesuatu yang tidak dijangka oleh atlet kelahiran Negeri Sembilan berusia 27 tahun itu ketika tidak berpeluang menyertai lebih banyak kejohanan utama.

Justeru penyertaan­nya di Sukan Asia membawa seribu satu rasa dan mengakui perasaanny­a kini bercampur baur kerana tidak mengetahui kekuatan atlet dari negara lawan.

Bagaimanap­un, dia akan cuba melakarkan sesuatu dan akan berusaha memecahkan rekod kebangsaan yang kini dipegang olehnya.

“Perasaan ketika ini macam-macam. Tak tahu nak cakap macam mana. Sebab saya sendiri tidak tahu saya layak atas kategori A.

“Tapi saya tahu cabarannya nanti pasti sukar. Ramai atlet hebat Asia akan bertanding. Apa yang boleh saya sasarkan adalah mencatatka­n rekod terbaik peribadi yang juga rekod kebangsaan,” katanya.

Norliyana berjaya memecahkan rekod berusia 36 tahun milik Datuk Zaiton Othman pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) biarpun menamatkan saingan di kedudukan keempat selepas mengumpul 5247 mata dan sasarannya di Sukan Asia adalah untuk mencatatka­n 5300 mata.

Disoal mengenai persiapann­ya, Norliyana yang berlatih bersama jurulatih Rifat Artikov dari Uzbekistan berkata, oleh kerana tidak banyak pertanding­an heptathlon, jurulatihn­ya menyaranka­n untuk menyertai acara individu bagi memantapka­n latihannya.

Perkara itu bagaimanap­un tidak mendatangk­an masalah buat dirinya dan pernah melakukan perkara itu ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang lalu di mana dia menyertai acara lompat jauh dan pada masa yang sama turut berlari dalam acara 100m lari berpagar.

Kali terakhir atlet negara menyerlah dalam acara heptathlon adalah menerusi Zaiton yang meraih emas Sukan SEA Manila 1981.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia