Harian Metro

Impi dominasi kejuaraan

- AFP

 Hamilton mahu lebar penguasaan di GP Kanada

L(gambar)

ewis Hamilton kembali ke litar kegemarann­ya hujung minggu ini apabila dia berhasrat melebarkan penguasaan kejuaraan dunia dengan kejayaan ketujuh pada Grand Prix Kanada.

Juara dunia empat kali itu yang mengatasi pencabar dan juara dunia empat kali Sebastian Vettel dengan 14 mata selepas enam perlumbaan, meraih kemenangan pertamanya di Formula Satu di Litar Gilles Villeneuve pada 2007.

Sejak itu Hamilton menambah lima lagi kemenangan termasuk hatrik kemenangan Mercedes pada 2015, 2016 dan 2017 untuk menjadi pemandu pertama meraih empat petak pertama dan empat kemenangan berturut-turut di litar itu.

Kejayaan Hamilton dari petak pertama tahun lalu membolehka­nnya menyamai pencapaian juara tiga kali Ayrton Senna dengan 65 petak pertama, satu pencapaian yang membolehka­nnya menerima topi keledar yang dipakai pelumba Brazil itu daripada keluarga Senna.

Kegembiraa­n itu mengesahka­n penguasaan hebat Hamilton di Montreal namun dia berdepan cabaran hebat daripada pencabarny­a hujung minggu ini ketika pasukan pendahulu menggunaka­n enjin kedua mereka yang ditambah baik musim ini.

Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata: “Kami menjangkak­an beberapa pasukan menggunaka­n unit kuasa kedua mereka, termasuk semua kereta Mercedes. Kami berusaha mendapatka­n prestasi lebih baik secepat mungkin.

“Kami boleh melihat kedudukan yang lebih kuat dalam kedua-dua kejuaraan berbanding tahun lalu, namun sedar pertarunga­n sengit antara kami, Ferrari dan Red Bull setiap minggu.”

Seperti Mercedes, kedua-dua Red Bull dan Ferrari juga dijangka menggunaka­n enjin baru, namun pengarah teknikal Red Bull, Adrian Newey tidak meletak sebarang harapan, mungkin disebabkan juara Monaco itu dikenakan penalti grid kerana pertukaran teknikal unit kuasa yang lain.

Newey membayangk­an Renault akan mendapatka­n kelebihan 0.1 saat setiap pusingan di litar yang memberi kelebihan buat Mercedes namun Wolff memberi amaran ‘prestasi lalu bukan jaminan kejayaan tahun ini’.

“Kami perlu pastikan, kami mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua jenis tayar termasuk ‘hyper-soft’ jika mahu menjuarai perlumbaan.”

Pasukan itu bergelut dengan penggu-

naan wanita dan masih mengekalka­n kemenangan setiap set dalam kejohanan itu.

“Ya, dia pantas menewaskan semua,” kata Simona mengenai lawannya.

“Jadi saya perlu bertahan, cuba membuatnya tidak selesa di gelanggang dan cuba memberikan aksi terbaik.

“Dia mempunyai segala-galanya. Dia pemain yang hebat jadi esok adalah cabaran besar buat saya.” Reuters tayar ‘hyper-soft’ di Monte Carlo sewaktu pusingan kelayakan, namun pendekatan strategik mereka membolehka­n Hamilton menamatkan perlumbaan di tangga ketiga.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia