Harian Metro

Ali ‘kembar’ Salah?

- AFP

 Penyerang Iraq sering disalah anggap sebagai bintang Liverpool

Menerusi penampilan berjambang, rambut kerinting dan jersi bola sepak, penyerang

Iraq, Hussein Ali sering disangka sebagai bintang Mesir, Mohamed Salah.

Di Baghdad, ibu negara Iraq, Ali, 20, sering ditahan di kawasan kejiranann­ya di Hurriya oleh orang ramai yang mahu bergambar dengan idola mereka.

Biarpun dia sendiri adalah penyerang kelab Al-Zawraa, wajah Ali yang seiras Salah menarik perhatian penduduk Iraq.

“Pada sesi latihan pertama, dia memperkena­lkan dirinya sebagai ‘Hussein Ali’. Saya berkata, ‘Tidak, tidak, anda adalah Mohamed Salah,” kata jurulatih Ali, Adnan Mohammad.

Sewaktu Salah beraksi bersama AS Roma, Ali menyedari betapa wajah mereka seiras tetapi menganggap komen itu sebagai jenaka.

Namun apabila pemain Mesir itu mencipta nama di pentas global menerusi Liga Perdana Inggeris, menjadi ‘pemain bola sepak nombor satu Arab’, Ali mula memberi perhatian terhadap imejnya.

Sejak itu dia mula menyarung jersi Liverpool, kelab yang dianggotai Salah.

“Ini jersi sebenar, dibeli daripada pembekal rasmi,” katanya yang membelinya dengan harga AS$40 (RM159).

Kini ‘Mohamed Salah Iraq’ sering ditahan untuk bergambar dan didekati peminat bola sepak yang menyangka dia adalah bintang Mesir itu.

“Sewaktu Mohamed Salah cedera, ramai yang datang melawat saya seolah-olah saya yang menderita.

Di kawasan kejiranan saya, sepanjang tempoh beberapa hari mereka yang terserempa­k dengan saya mendoakan saya segera sembuh,” katanya sambil ketawa.

“Kami bermain di posisi sama dan saya akan lakukan segala-galanya untuk meniru cara permainann­ya.”

Bagi Ali, harapannya satu hari nanti adalah bertemu dengan wiranya: “Impian hidup saya adalah bertemu Mohamed Salah. Mungkinkah dia akan menjemput saya ke Piala

Dunia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia