Harian Metro

Heung-min bayangan Ji-sung Laluan Korea Selatan sukar

-

Selatan pastinya mengharapk­an magis Son Heung-min untuk membawa elemen Liga Perdana Inggeris ke pentas Piala Dunia andai mahu melepasi ujian getir di peringkat kumpulan.

Jika sebelum ini, bekas bintang Manchester United Park Ji-sung menjadi sandaran utama Korea Selatan ke pentas Piala Dunia iaitu pada 2002, 2006 dan 2010, kini tiba giliran Heung-min untuk membawa sentuhan Tottenham pula di Russia, biarpun ini adalah penampilan keduanya selepas Brazil pada 2014.

Di pentas EPL, Heung-min membantu Tottenham mara ke tangga ketiga musim ini dan menempah tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Disifatkan antara pemain terbaik dari Asia ketika ini, pemain berusia 25 tahun itu meledak 18 gol dalam semua kejohanan musim ini dan kini membawa harapan negara itu ke Russia.

Anak kepada bekas pemain bola sepak Skuad B Korea Selatan, Son Woong-jung, bekas pemain Hamburg itu pantas mencipta nama di pentas antarabang­sa.

Heung-min dikenali sebagai penyerang serba boleh dengan keupayaann­ya bermain dalam pelbagai posisi di bahagian serangan.

Biarpun pernah menjadi penyerang kedua bersama Hamburg, dia juga boleh beraksi di bahagian sayap, tengah menyerang apatah lagi di bahagian serangan.

“Saya tidak kisah di posisi mana saya bermain. Perkara terpenting adalah saya ada dalam permainan itu,” kata Heung-min.

“Saya boleh bermain sebagai penyerang kedua atau di belakangny­a. Apa saja kata jurulatih, saya akan lakukan. Saya tidak mempunyai posisi kegemaran. Saya boleh berada di mana saja dan sentiasa memberikan yang terbaik.”

Kepantasan, kepekaan untuk mencari ruang, kawalan dimiliki serta penyudah tepat yang menjadi aset Heung-min pastinya akan menjadi senjata ampuhnya untuk berdepan cabaran Jerman, Sweden dan

Mexico kali ini.

Pencapaian terbaik Korea Selatan di pentas Piala Dunia adalah pada 2002 apabila menduduki tangga keempat, itupun mungkin kerana tuah sebagai tuan rumah bersama Jepun pada kejohanan itu.

Berdasarka­n rekod penyertaan Taeguk Warriors hanya dua kali melepasi peringkat kumpulan, di mana selepas 2002 mereka hanya sekali berada dalam kelompok 16 terakhir pada edisi 2010 di Afrika Selatan apabila tewas kepada Uruguay 1-2 dan tersingkir.

Melihat kepada rekod lalu, sukar untuk membayangk­an mereka mampu pergi lebih jauh di Russia apatah lagi diletakkan dalam kumpulan yang membariska­n juara bertahan Jerman, Sweden dan Mexico.

Harapan kini terletak di bahu jurulatih Shin Tae-yong untuk mencari jalan bagi mengelak mereka tersingkir awal.

Tae-yong yang mengambil alih pasukan pada Jun 2017 daripada Uli Stielike berdepan tugas mencabar menaikkan moral skuad terbabit selepas mengharung­i pusingan kelayakan ketiga Piala Dunia termasuk kekalahan kepada China dan Qatar yang menjadi punca pemecatan Stielike.

Ternyata pelantikan Tae-yong membawa ‘tuah’ buat pasukan berkenaan yang mencatat seri tanpa jaringan dengan Iran dan Uzbekistan untuk berada di tangga kedua kumpulan seterusnya layak ke Russia.

Malah, kejayaan menjulang gelaran Asia Timur di Tokyo

 Jerman, Sweden dan Mexico bukan lawan mudah

tahun lalu, termasuk membelasah Jepun 4-1 dalam kejohanan sama kembali menarik perhatian peminat dan media tempatan.

Rekod lampau selaku pemain menyaksika­n Shin bukan calang-calang orangnya. Beliau pernah menjulang enam gelaran K-League dan Liga Juara-Juara Asia bersama Seongnam Ilhwa dari 1992 and 2004.

Kini tiba masanya untuk Tae-yong membuktika­n kewibawaan­nya di pentas dunia dan dengan kehadiran Son Heung-min yang mencipta nama di Tottenham Hotspur selaku penyerang utama mereka mampu memberikan impak berbeza pada penampilan kali ini.

Biarpun keputusan aksi persahabat­an masih gagal memberikan motivasi yang diperlukan apabila menewaskan Honduras 2-0, namun tewas di tangan Bosnia Herzegovin­a 1-3, tetapi selagi masih belum sepak mula, Korea Selatan masih boleh menaruh harapan.

 ??  ?? PEMAIN Korea Selatan, Hwang Hee-Chan (kiri) diasak pemain Bosnia, Edin Visca awal bulan ini.
PEMAIN Korea Selatan, Hwang Hee-Chan (kiri) diasak pemain Bosnia, Edin Visca awal bulan ini.
 ??  ?? TAE-YONG perlu serlah magis bawa Korea Selatan melangkah jauh.
TAE-YONG perlu serlah magis bawa Korea Selatan melangkah jauh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia