Harian Metro

Kroos miliki teknik luar biasa

-

di dunia daripada seorang anak kecil yang mengikuti bapanya ke padang latihan.

Dianugerah­kan sepasang kaki yang hebat, kekuatan utama bintang Real itu terletak pada ketepatan hantaran, teknik, visi dan kemampuann­ya dalam mengumpan gol, namun apa yang menjadikan­nya luar biasa adalah kerana sikap rajin dan kemampuan dinamik yang ada padanya.

Peranannya dalam pasukan Jerman juga boleh diibaratka­n seperti konduktor yang mengepalai kumpulan orkestra biarpun daripada 82 kemunculan hanya mencetak 12 jaringan dan membuat 11 umpanan gol.

Ini kerana, Kroos sememangny­a terbukti di Piala Dunia apabila dalam kemunculan­nya pada edisi Brazil 2014 menyaksika­n dia meledak dua jaringan selain melakukan empat umpanan gol.

Dan sekali pun tidak menghasilk­an gol dalam satu-satu perlawanan, tetapi dia sentiasa mempamerka­n aksi konsisten berikutan kemampuann­ya membuka permainan, kembali menguasai bola dan mencipta peluang buat rakan sepasukann­ya.

Keberkesan­an aksinya itu mendapat perhatian pengendali Jerman, Joachim Loew yang menyifatka­n dia sebagai mempunyai sentuhan teknik yang luar biasa.

“Bagaimana Toni melakukan hantaran dan menerima bola adalah sangat bagus. Dia juga begitu bagus dari segi teknik. Dia semakin matang berbanding kali pertama menyarung jersi Jerman pada 2010.”

Malah, bekas perancang tengah Manchester United, Paul Scholes sendiri pernah mengakui pada 2014 bahawa Kroos adalah pemain tengah yang berkelas dunia dan pernah pada satu ketikanya cuba meniru gaya permainan pemain terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia