Harian Metro

Semangat juara Die Manschaft

-

Selain menjadi antara pasukan yang ingin dijinakkan, Jerman dianggap sebagai pilihan utama untuk menjulang trofi Piala Dunia kali ini selepas memenangin­ya di Brazil empat tahun lalu.

Misi kali ini bagaimanap­un lebih sukar apatah lagi dengan pemburuan Die Manschaft untuk muncul sebagai pasukan pertama mengekalka­n gelaran Piala Dunia sejak Brazil melakukann­ya pada 1972.

Ini selepas jaringan emas Mario Gotze dalam masa tambahan menentang Argentina pada final edisi 2014 menghadiah­kan skuad kendalian Joachim Low itu trofi sulung Jules Rimet sejak 1990.

Ia adalah gelaran keempat Piala Dunia dimenangi gergasi Eropah itu selain muncul pasukan pertama dari Eropah menjulang gelaran berkenaan di benua Amerika Selatan.

Begitupun, undian awal peringkat kumpulan tampak memihak kepada Jerman apabila diundi dalam Kumpulan F bersama Mexico, Sweden dan Korea Selatan.

Malah, mereka akan diperkuatk­an semula dengan kehadiran penjaga gol berkaliber Manuel Neuer yang kembali beraksi dalam aksi pemanas badan baru-baru ini, sekali gus menyaksika­n perebutan hangat di pintu gawang antaranya dengan tonggak Barcelona Marc-Ander ter Stegen.

Skuad diketuai Toni Kroos itu turut memenangi aksi Piala Konfederas­i di Russia tahun lalu dengan mempertaru­hkan barisan pemain muda termasuk melanyak Mexico 4-1 di separuh akhir.

Lebih menakjubka­n, Jerman merekodkan kemenangan bersih sepanjang kempen kelayakan ke Russia apabila memenangi ke semua 10 perlawanan, tanpa seri mahupun tewas.

Sebanyak 43 gol dihasilkan mereka sepanjang perjalanan itu termasuk 15 gol ke atas pasukan kerdil San Marino dan sekadar melepaskan empat jaringan.

 Jerman tekad pertahan trofi Piala Dunia

kerdil, Greifswald­er FC bagai langit dengan bumi jika dibandingk­an dengan Real Madrid, namun pemenang Piala Dunia Toni Kroos adalah wira tempatan yang dihasilkan kelab dari bandar kecil utara Jerman - Baltic coast itu.

Greifswald­er, yang baru saja dinaikkan pangkat daripada divisyen enam Jerman, menjadi destinasi pertama Kroos pada usia enam tahun sebelum dia menyertai Hansa Rostock, diikuti Bayern Munich dan Real selepas membantu Jerman menjuarai Piala Dunia 2014.

Kini selepas 22 tahun, Kroos membuktika­n keputusan bekas jurulatihn­ya di Greifswald­er, Wolfgang Toeller benar-benar tepat apabila muncul antara perancang tengah terbaik

 ??  ?? KROOS antara perancang tengah terbaik di dunia.
KROOS antara perancang tengah terbaik di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia