Harian Metro

‘BELUM LENGKAP’ Elak kena singkir: Southgate

- Reuters

Sao Paulo

Brazil mungkin sudah menang Piala Dunia lima kali dan antara pilihan untuk menjadikan­nya enam di Russia tahun ini, namun pasukan dari Amerika Selatan itu belum mempunyai adunan tepat bagi meraih kejayaan, kata pemenang Piala Dunia tiga kali Pele, kelmarin.

Brazil kalah sekali dalam 20 perlawanan sejak jurulatih Tite mengambil alih hampir dua tahun lalu, namun beliau terpaksa merombak pasukannya beberapa kali dalam perlawanan persahabat­an akhir-akhir ini kerana kecederaan.

“Saya mempunyai keyakinan tinggi terhadap keupayaan Tite,” kata Pele. “Saya hanya bimbang satu perkara; hanya ada beberapa hari sebelum Piala Dunia bermula dan kami masih belum mempunyai pasukan yang tepat. Secara individu semua pemain amat bagus. Tapi kami tidak bagus secara sepasukan.”

Bintang serangan Neymar cedera kaki dan buku lali Februari lalu, manakala pertahanan kanan Dani Alves diketepika­n daripada skuad kerana kecederaan lutut. Renato Augusto dan Douglas Costa mengalami kekejangan yang menyebabka­n mereka tidak beraksi ketika menang 2-0 ke atas Croatia, Ahad lalu.

Neymar kembali beraksi selepas rehat pada perlawanan itu untuk mengemudi kemenangan Brazil dan Pele, satu-satunya pemain yang menang Piala Dunia tiga kali berkata, penyerang Paris St Germain itu mampu mencetus inspirasi kejayaan Brazil di Russia.

“Bagi saya Neymar seorang daripada pemain terbaik di dunia,” kata Pele. “Hari ini dia lebih matang dan berpengala­man, tapi dia tidak akan memenangi Piala

Dunia secara berseorang­an. Hanya pasukan yang akan memenangi

Piala Dunia.

“Pasukan terhebat

Brazil sepanjang zaman adalah pada 1970, dengan Tostao, Rivelino,

Gerson dan Pele semuanya menyarung jersi nombor 10 buat kelab mereka. Pada Piala Dunia 1970 kami menghabisk­an lebih enam bulan bersama. Itulah sebabnya ia menjadi.”

Brazil bermain hanya tiga perlawanan persahabat­an tahun ini dan berdepan aksi pemanas badan terakhir Ahad ini menentang Austria di Vienna.

Mereka memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzerlan­d pada 17 Jun ini, sebelum berdepan Costa Rica dan Serbia dalam Kumpulan

E. London: Pengurus England, Gareth Southgate tidak akan menghentik­an perlawanan semata-mata jika ada pemainnya berdepan ejekan berbentuk perkauman sewaktu Piala Dunia di Russia kerana bimbang disingkirk­an daripada kejohanan itu.

Pertahanan kiri, Danny Rose meminta keluargany­a tidak datang ke Russia kerana pemain Tottenham itu bimbang mereka akan menjadi mangsa.

Bagaimanap­un,

Southgate percaya tindakan meninggalk­an padang kerana protes disebabkan ejekan perkauman bukan sesuatu yang menguntung­kan kerana beliau percaya England boleh menunjukka­n mereka sebagai pasukan yang mempunyai kepelbagai­an kaum pada kejohanan itu.

“Dalam dunia yang idealistik, orang akan berkata

‘anda patut lakukannya’ (meninggalk­an padang), tapi hakikatnya anda mungkin disingkirk­an daripada kejohanan,” kata Southgate.

“Saya tidak fikir pemain akan melakukann­ya kerana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk ke Piala Dunia,” katanya.

Mac lalu, persatuan bola sepak Russia didenda 30,000 Swiss francs (RM120,000) oleh badan induk bola sepak dunia FIFA, susulan sorakan berunsur perkauman daripada penyokong mereka ketika perlawanan persahabat­an menentang Perancis.

“Ia bukan sesuatu yang kita ingin perkatakan tapi sesuatu yang perlu kami perkatakan,” kata Southgate yang menegaskan sistem sokongan diwujudkan untuk membantu pemainnya jika berlaku insiden perkauman.

“Bagi saya impak terbesar yang mungkin kami berikan adalah interaksi antara pasukan dengan kepelbagai­an kaum terbesar pernah pergi ke Piala Dunia.” - AFP

 Pele akui Brazil tak cukup ampuh, namun percaya aura Neymar mampu gegar Russia

 ??  ?? DARI kiri, Roberto Firmino, Fred dan Fernandinh­o ketika sesi latihan menjelang
aksi persahabat­an menentang Austria.
NEYMAR
DARI kiri, Roberto Firmino, Fred dan Fernandinh­o ketika sesi latihan menjelang aksi persahabat­an menentang Austria. NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia