Harian Metro

Belgium laung amaran awal

-

Brussels: Belgium mencetus tamparan buat Mesir pada perlawanan pemanas badan menjelang Piala Dunia dengan kemenangan 3-0 di Brussels awal pagi semalam, sekali gus melegakan sebilangan besar penyokong tuan rumah yang kehilangan khidmat tonggak pertahanan, Vincent Kompany.

Kekal dengan formasi tiga pertahanan, lawan England pada peringkat kumpulan, Belgium mempamerka­n lebih bisa di bahagian serangan berbanding ketika seri tanpa jaringan di laman sendiri menentang Portugal, Sabtu lalu.

Romelu Lukaku dipilih sebagai penyerang dalam kesebelasa­n utama, sekali gus menyingkir­kan Michy Batshuayi, meledak masuk dari jarak dekat pada minit ke-27 apabila penjaga gol Mesir berusia 45 tahun, Essam El-Hadary menumbuk keluar percubaan Eden Hazard.

Pemain tengah Chelsea, Hazard menjadikan kedudukan 2-0, 11 minit kemudian selepas gerakan menarik Yannick Carrasco yang merampas bola dari garisan gol.

Batshuayi masuk menggantik­an Lukaku, mengumpan gol ketiga kepada Marouane Fellaini pada masa kecederaan bagi melengkapk­an enam perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan buat Mesir.

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez memuji peningkata­n pasukannya yang “bersatu hati” selain persembaha­n serangan mengagumka­n.

Pengendali dari Sepanyol itu mencetus kejutan apabila memberikan Laurent Ciman jersi nombor empat milik kapten Kompany dan memberinya peluang beraksi 90 minit. Ciman secara rasminya berada dalam senarai menunggu sekiranya pemain Manchester City itu atau Thomas Vermaelen dari Barcelona masih cedera.

“Jika pemain itu tidak berada dalam skuad, Laurent pengganti yang tepat,” kata Martinez.

Beliau menegaskan masih memberi peluang kepada Kompany dan Vermaelen yang berlatih dengan skuad, masa untuk membuktika­n kecergasan mereka dan menyatakan mungkin ada peranan buat Dedryck Boyata dan

Leander Dendoncker, bergantung kepada siapa lawan mereka.

Belgium akan melengkapk­an jadual aksi persahabat­an dengan satu lagi perlawanan di laman sendiri menentang Costa Rica, Isnin ini yang mana Martinez mesti menentukan skuad 23 pemain ke Russia selepas itu. - Reuters

 ??  ?? LUKAKU (kiri) rai jaringan bersama
Hazard.
LUKAKU (kiri) rai jaringan bersama Hazard.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia