Harian Metro

Raya di ibu kota dulu

- DARI MUKA 1

Menurut Che Ta, dia juga sudah kalis dengan cacian orang luar yang kadang-kadang melampau ketika meninggalk­an komen keterlalua­n hingga dia terpaksa membalas dengan ayat yang kurang sopan sebagai pengajaran.

“Saya sudah tidak ambil pusing dengan kecaman. Ada perkara yang mereka komen saya boleh terima. Kadang-kadang ada betulnya juga. Cuma ada yang macam tak tahu kebenaran, itu yang buatkan saya akan jawab.

“Kadang-kadang mereka ini sengaja mahu mencari pasal, namun sekiranya komen itu dirasakan melampau saya akan membalas untuk memberi kesedaran kepada mereka,”katanya.

Ditanya mengenai persiapan Aidilfitri, Che Ta berkata, dia sudah menyiapkan 20 persalinan setiap seorang bagi memastikan mereka sekeluarga tampil bergaya.

Menurut Che Ta, dia mula rasa tidak sabar untuk menyambut

Syawal setiap kali melihat semua pakaian yang sudah siap digosok dan digantung di bilik pakaiannya.

“Tahun ini jumlah baju raya saya peruntukka­n ialah 20 pasang seorang, namun tak seperti tahun lalu ada 30 pasang setiap orang.

“Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,” katanya.

Menurut Che Ta, tahun ini dia akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Setar, Kedah.

Che Ta berkata, dia bersama keluargany­a akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya keempat dan menjemput sesiapa saja yang ingin bertandang ke rumahnya.

“Boleh dikatakan setiap tahun kami buat rumah terbuka dan akan menempah katering. Bukan apa, jumlah yang datang ramai jadi tidak sempat untuk sediakan juadah,”katanya.-Najiy Jefri

Che Ta peruntuk 20 pasang baju raya untuk

setiap ahli keluarga

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia