Harian Metro

Sambutan amat tidak dijangka

- Amirul Hasw endyAshari haswendy@hmetro.com.my

Di belakang kejayaan sesebuah karya pasti ada insan kreatif yang jarang diperkatak­an kerana ramai lebih pentingkan jalan cerita dan barisan pelakon yang menjadi tarikan utama.

Pelbagai persoalan hangat diperkatak­an tatkala drama berjudul Nur bersiaran di slot Samarinda TV3 sejak awal Ramadan sehingga insan yang terbabit turut terpalit pelbagai kontrovers­i.

Ini terutama bagaimana karya yang berat dan unik ini boleh dilaksanak­an saat lambakan drama bergenre romantik adaptasi novel lebih menguasai pasaran televisyen tempatan?

Penerbit, pengarah dan juga penulis skrip drama Nur, Shahruleza­d Mohameddin berkata tidak pernah terlintas di fikirannya drama Nur akan jadi tersohor dan diperkatak­an peminat drama tempatan.

“Sejujurnya, kami tak sangka Nur dapat sambutan begini hebat, malah di media sosial (Twitter) setiap hari. Tetapi, adakah ia mewakili keseluruha­n ‘rating’ untuk drama ini?

“Kami tidak tahu mengapa pihak stesen TV belum mendedahka­n jumlah ‘rating’ terkini,” katanya mesra disapa Ezad.

Bagaimanap­un, TV3 akhirnya mendedahka­n drama itu berjaya mencatat lebih sembilan juta tontonan sepanjang Ramadan ini.

Namun begitu, Ezad akui tergamam dengan sambutan di media sosial dan pada masa sama tertanya-tanya adakah secara realitinya penonton lain menonton drama

Nur atau tidak kerana kandungann­ya dianggap berat?

“Kami sudah buat yang terbaik dan sangat gembira dengan komitmen pelakon serta kru.

“Pada awalnya saya tidak berapa yakin sama ada TV3 terima jalan cerita ini atau tidak sebab kandungann­ya berat.

“Namun, mereka beri maklum balas positif dan sebagai penulis saya termenung seketika apabila TV3 meletak syarat saya kena tulis skrip dan hasilkanny­a,” kata Ezad.

Penerbit di Radius One ini akui kali terakhir dia berkarya melalui drama Syurgamu Ramadan yang turut mendapat sambutan hangat ketika ditayangka­n di slot sama pada 2010.

Katanya, selepas itu dia mula ketandusan idea dan memberikan peluang berkarya kepada pengkarya baru yang diterbitka­n syarikatny­a.

Tanpa berselindu­ng, dia percaya sudah menyentuh semua isu melalui drama yang disiarkan pada Ramadan lalu.

Walaupun slot Samarinda pada Ramadan sering berpihak kepada syarikatny­a, dia sebenarnya tidak kisah jika tidak dapat peluang itu tahun ini kerana percaya sudah tiada idea.

“Saya sebenarnya takut apabila diberi peluang ini sekali lagi sebab

Ezad berkali-kali menegaskan kejayaan drama ini kerana adanya barisan kru yang hebat, terutama pengarah fotografi

 ??  ?? DARIkiri,One Chinnoz,Ezad
dan Anjely.
DARIkiri,One Chinnoz,Ezad dan Anjely.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia