Harian Metro

‘Setiap episod ada cabaran’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Pengarah Jeremy Podeswa, 55, bersyukur apabila dipilih sebagai pengarah musim kelima hingga ketujuh siri kegilaan ramai, Game of Thrones.

Jeremy berkata, ia umpama mimpi jadi kenyataan kerana sebelum itu dia terpaksa menolak tawaran sebagai pengarah untuk musim ketiga siri terbitan HBO itu.

“Saya sentiasa sukakan Game of Thrones dan memang mahu menjadi sebahagian daripadany­a. Saya sangat gembira apabila akhirnya diberi peluang mengarah musim kelima, keenam dan ketujuh,” katanya ketika ditemu bual RAP, barubaru ini.

Pengarah kelahiran Kanada itu juga tidak menafikan siri terbabit adalah antara paling mencabar buatnya.

“Ia adalah produksi paling sukar pernah saya buat. Ia disebabkan penggambar­annya dilakukan di pelbagai negara, terlalu banyak kesan visual dan jumlah pelakon yang terlalu ramai.

“Setiap episod mempunyai cabarannya tersendiri. Setiap yang terbabit sangat hebat sekali gus penggambar­an berjalan dengan lancar,” katanya.

Walaupun tidak mengarah semua episod dalam tiga musim Game of Thrones itu, Jeremy ternyata tetap menggalas tanggungja­wab yang berat.

Reputasi drama itu bukan saja berkisar jalan ceritanya bagus, sebaliknya watak ditampilka­n menjadi kekuatan utama.

Rata-rata peminat tegar drama berkenaan banyak memperkata­kan mengenai watak kegemaran mereka.

Jeremy juga tidak mahu ketinggala­n menyumbang­kan sepenuh kreativiti­nya terhadap setiap babak.

“Sumbangan saya sebagai pengarah semestinya untuk meresap ke dalam kepala pencipta cerita itu. Bukan saja untuk tampil dengan drama yang baik, tetapi kena angkat lagi cerita itu ke tahap lebih tinggi.

“Tugas saya untuk menghidupk­an sesuatu yang tidak diterangka­n secara terperinci dalam skrip. Ia termasuk babak dramatik apabila Night King terbang menaiki seekor naga dan banyak lagi,” katanya.

Sudah berkhidmat untuk HBO lebih dua dekad, mengarahka­n produksi berskala besar untuk drama

Rome banyak mempersiap­kannya bagi menjayakan Game of Thrones.

Menurutnya, dia cuma perlu mendalami dan mengkaji setiap watak atau jalan cerita supaya tidak bercanggah dengan cara pengarah lain bagi setiap episod berbeza.

“Apabila terbabit dengan sebuah rancangan, serta-merta kita menjadi pelajar untuk rancangan terbabit.

“Bagi saya, ia sangat penting untuk belajar rancangan itu dan menguasai setiap plot ceritanya sehinggala­h arif dengan setiap karakter.

“Juga adalah perlu untuk memahami bahasa sinema rancangan itu supaya dapat menjayakan­nya dengan lebih spesifik,” katanya.

Jeremy sudah mengarahka­n banyak drama terbaik HBO apabila setiap tahun pasti memenangi trofi di acara Emmy Awards. Antaranya Six Feet

Under, Rome, True Blood, Broadwalk Empire, True Detective, Here & Now, dan Game of Thrones.

 ??  ?? GAME of Thrones antara arahannya yang mencipta fenomena.
GAME of Thrones antara arahannya yang mencipta fenomena.
 ??  ?? Bagi saya, ia sangat penting untuk belajar rancangan itu dan menguasai setiap plot ceritanya sehinggala­h arif dengan setiap karakter
Bagi saya, ia sangat penting untuk belajar rancangan itu dan menguasai setiap plot ceritanya sehinggala­h arif dengan setiap karakter

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia